00:00Tempoh tahanan Rehman, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh bayi perempuan
00:08yang ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara Keluang minggu lalu disambung satu hari
00:16lagi.
00:17Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 315 Kanun Kesiksaan.
00:24Perintah Rehman terhadap suspek yang juga teman lelaki kepada ibu kandung bayi itu dikeluarkan Magistret Noa Asidah I Rahman
00:32selepas polis membuat permohonan lanjutan Rehman di Mahkamah Magistret Keluang pada Rabu.
00:38Pada 30 Julai lalu, Ketua Polis Johor Dato' Abie Rahman Arsad memaklumkan penemuan mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan
00:46dengan beberapa kesan tikaman pada bahagian dada dalam mangkuk tandas sebuah rumah yang dijadikan asrama pelajar di Taman Setia Mutiara
00:54Keluang.
00:55Katanya, hasil bedah siasat mengesahkan bayi itu meninggal dunia akibat luka tikaman berganda pada bahagian dada.
01:02Manakala pemeriksaan kesihatan terhadap pelajar itu mendapati terdapat seorang lagi bayi perempuan dalam kandungannya yang kemudiannya selamat dilahirkan.
01:10Siasatan turut mendapati kedua-dua bayi yang dilahirkan pelajar berusia 19 tahun itu adalah hasil hubungannya dengan suspek.
01:18Suspek turut mengaku memberikan wang sebanyak RM450 kepada teman wanitanya untuk menggugurkan kandungan.
01:25Susulan itu, remaja itu telah direhman selama 7 hari bermula 30 Julai manakala kekasihnya masih menerima rawatan di Hospital Enci
01:33Besar Hajah Kalsum, Keluang.
Comments