00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap kegiatan penipuan yang menyalahgunakan nama kementerian itu
00:10untuk mendapatkan wang daripada pembekal.
00:13Menurut kementerian itu, semua urusan perolehan kerajaan hanya dilaksanakan menerusi sistem e-perolehan mengikut tata cara kewangan yang ditetapkan.
00:25KPWKM dalam kenyataan maklumkan pihaknya tidak pernah meminta pembekal membuat sebarang pembayaran bagi mendapatkan kontrak atau mengesahkan tempahan.
00:33Peringatan itu dikeluarkan sesuai dengan kegiatan penipuan melibatkan individu yang menyamar sebagai pegawai kementerian bagi membuat tempahan makanan, minuman dan
00:41cenderah hati untuk program kerajaan yang tidak wujud.
00:44Menurut KPWKM, pihak tidak bertanggungjawab itu turut menyamar sebagai wakil syarikat yang kononnya menerima pesanan kerajaan sebelum meminta pembekal membuat
00:53pembayaran bagi mendapatkan kontrak tersebut.
00:56Setakat ini, aduan yang diterima melibatkan kerugian mencecah ribuan ringgit.
01:01Sehubungan itu, pembekal digesa menyemak kesahihan semua pesanan kerajaan melalui sistem e-perolehan sebelum mengambil sebarang tindakan.
01:08KPWKM turut menasihatkan orang ramai agar melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima tawaran atau permintaan pembayaran yang meragukan menggunakan nama
01:18Kementerian Berkenaan.
Comments