00:00Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Melaka pada Isnin atas pertuduhan melakukan penganayaan fizikal terhadap anak perempuannya
00:10sehingga cedera bulan lalu.
00:12Kedua-dua tertuduh yang berusia 36 dan 35 tahun membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan
00:22Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
00:24Mengikut pertuduhan, tertuduh lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa menganaya anak perempuannya yang berusia 9 tahun 3 bulan sehingga
00:34menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
00:38Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Satu Krobong dalam daerah Melaka Tengah kira-kira jam 7 malam
00:45pada 19 Julai lalu.
00:47Isterinya turut berdepan pertuduhan menganaya anak yang sama di lokasi berkenaan sekitar jam 2 petang pada 21 Julai lalu.
00:57Difahamkan mangsa dirotan selepas menyebabkan adik lelakinya yang berusia 6 tahun menangis selain tidak mengemas bilik tidur.
01:05Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami bengkak, lebam dan berbirat pada badan serta trauma.
01:11Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31-1 Akta Kanak-Kanak 2001.
01:18Mahkamah membenarkan tertuduh lelaki diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala istrinya RM9,000 dengan seorang penjamin.
01:27Selain itu, mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta dilarang
01:36mengganggu saksi pendakwaan, terutama mangsa.
01:39Mahkamah menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments