Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Ratusan anggota penyelamat bertugas sepanjang malam di Pergunungan Kithairon dengan dibantu kenderaan tentera, sukarelawan dan peralatan berat, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Transcript
00:00Pasukan pemadam kebakaran Greece meneruskan usaha menangani kebakaran hutan berskala besar di barat Athens pada Ahad.
00:08Ratusan anggota penyelamat bertugas sepanjang malam di pergudungan Khitairon dengan dibantu kenderaan tentera, sukarelawan dan peralatan berat.
00:18Pada awal Ahad, pesawat dan helikopter pemadam kebakaran meneruskan operasi memadam api.
00:23Kawasan Veniza dan SATA dilaporkan terjejas teruk berikutan tiupan angin kencang yang menyebabkan api merebak pantas.
00:31Menurut anggota penyelamat, kebakaran itu terus merebak ke arah timur dan kini hanya berada beberapa kilometer dari bandar Megara, kira
00:40-kira 50 kilometer di ibu negara Greece.
00:43Laporan rasmi sahkan sekurang-kurangnya 500 anggota bomba sedang bergelut memadamkan kebakaran termasuk kru bantuan dari Romania dan Perancis.
00:52Juru cakap Jabatan Bomba berkata setakat ini 13 individu ditahan di seluruh negara atas dawaan menyebabkan kebakaran akibat kecuaian.
01:02Dalam pada itu kebakaran besar turut berlaku di Pulau Cephalonia namun media tempatan melaporkan tiada kawasan penempatan terancam buat masa
01:10ini.
01:11Sementara itu media tempatan melaporkan kebakaran hutan di Krit sebahagian besarnya berjaya dipadamkan.
01:16Beberapa kawasan penempatan diarah dikosongkan dengan laporan media menganggarkan sehingga 200 kediaman musnah namun jumlah itu belum disahkan secara rasmi.
01:28Pakar meteorologi menganggarkan kira-kira 10,000 hektare kawasan di barat laut dan barat wilayah Athens telah musnah akibat kebakaran
01:36terkini itu.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended