Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Korea Selatan pada Ahad merekodkan suhu tertinggi sejak rekod cuaca lebih satu abad lalu, menurut agensi meteorologi negara itu.
Transcript
00:00Korea Selatan pada ahad merekodkan suhu tertinggi sejak rekod cuaca lebih satu abad lalu menurut Agensi Meteorologi Negara itu.
00:08Agensi Meteorologi Korea KMA menerusi laman sesawang yang memaklumkan bandar Yangsan di bahagian tenggara negara itu merekodkan suhu 42.5
00:17darjah Celsius pada jam 1.26 minit tengah hari.
00:22Yangsan menjadi pusat gelombang haba yang sedang melanda negara itu apabila suhu melepasi 40 darjah Celsius untuk hari kelima berturut
00:31-turut pada ahad.
00:33Sebahagian besar Korea Selatan kini diletakkan di bawah amaran cuaca panas dengan banyak bandar merekodkan suhu mencecah paras tinggi sekitar
00:4130 darjah Celsius.
00:42Lebih 20 kawasan turut diletakkan di bawah amaran kecemasan gelombang haba pada ahad iaitu kategori amaran baharu yang diperkenalkan tahun
00:52ini bagi menangani peningkatan suhu dengan lebih berkesan.
00:56Amaran kecemasan dikeluarkan apabila kawasan yang mengalami gelombang haba diramalkan mencatat suhu dirasai mencecah 38 darjah Celsius atau suhu sebenar
01:0639 darjah Celsius selama sehari.
01:09Data KMA menunjukkan perata tahunan hari gelombang haba di negara itu meningkat lebih 2 kali ganda pada 19 hari dalam
01:18tempoh 5 tahun lalu berbanding 8 hari pada era 1970-an.
01:24Hari gelombang haba ditakrifkan sebagai hari yang mencatat suhu maksimum sekurang-kurangnya 33 darjah Celsius manakala malam tropikal ialah keadaan
01:33apabila suhu minimum pada waktu malam kekal pada 25 darjah Celsius atau lebih.
01:39Saintis memberi amaran bahawa kejadian cuaca melampau seperti gelombang haba semakin kerap berlaku dan bertambah buruk akibat perubahan iklim yang
01:48didorong oleh aktiviti manusia.
Comments

Recommended