Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menyeru semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diberi mandat supaya mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri mengatasi kepentingan politik
Transcript
00:00Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhris, Tuanku Menawir menyeru semua ahli Dewan Undangan Negeri yang diberi mandat supaya
00:08mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri mengatasi agenda politik serta agenda peribadi.
00:14Bertitah pada istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan baginda menegaskan mandat diterima daripada rakyat menerusi pilihan rakyat
00:21Negeri Sembilan ke-16 membawa tanggungjawab yang amat besar.
00:27Tuanku Mukhris Bertitah, setiap wakil rakyat bertanggungjawab membawa suara, aspirasi, keperluan serta permasalahan rakyat ke Dewan Undangan Negeri agar setiap
00:39dasar, perancangan dan keputusan yang dibuat berpaksikan kepentingan rakyat.
00:44Betul ingin mengingatkan semua ahli Dewan Undangan Negeri yang telah diberikan mandat oleh rakyat bahawa amanah yang dipikul adalah amat
00:55besar.
00:55Kamu bertanggungjawab untuk memberi suara, aspirasi, keperluan dan permasalahan rakyat ke Dewan Undangan Negeri agar setiap dasar, perancangan dan keputusan
01:11yang dibuat benar-benar mencerminkan kepentingan rakyat.
01:16Justru, setiap tindakan dan pertimbangan hendaklah sentiasa berpaksikan kebajikan rakyat serta kemajuan Negeri Sembilan.
01:28Kesetiaan dan komitmen kamu hendaklah sentiasa diutamakan kepada negeri dan rakyat yang diwakili, mengatasi sebarang kepentingan politik dan kepentingan pribadi.
01:43Pada masa sama, Tuanku Muhris Betitah, Negeri Sembilan memerlukan barisan pemimpin yang berintegriti tinggi, menjunjung maruah serta berpegang teguh kepada
01:53prinsip dan nilai-nilai murni.
01:55Baginda turut mengingatkan agar setiap amanah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, kejujuran dan keikhlasan.
02:02Pada masa sama, Baginda turut menegaskan bahawa sebarang penyalahgunaan kuasa, kedudukan atau kepercayaan bukan sahaja mencemarkan institusi yang diwakili,
02:12malah boleh mengakibatkan ketidakadilan serta menjejaskan perlaksanaan dasar demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
02:20Pada ahad, Ahli Dewan Undangan Negeri Juwasih, Datuk Ismail Lasim selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di
02:28hadapan Tuanku Muhris di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Comments

Recommended