Skip to playerSkip to main content
Ikuti kupasan oleh Luqman Hariz berkenaan imbasan sejarah pemilihan PRN Negeri Sembilan sepanjang 2013-2023.

#PRNNegeriSembilan #NegeriSembilanMemilih
Transcript
00:00Kita akan kongsikan sedikit sejarah dan konteks di negeri yang penuh adat dan juga tradisi ini
00:05Untuk itu, mari kita lihat tiga pilihan atau pemilihan yang terakhir di negeri sembilan
00:11Bermula dengan tahun 2013, pada ketika itu PRN, dua gergasi utama
00:16Barisan Nasional, dominant pada tahun 2013, menangi 22 kerusi dalam PRN pada tahun tersebut
00:22Pakatan Rakyat pada ketika itu pembangkang, berjaya, merampas 14 kerusi
00:27Mula menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit dan mencabar dominasi Barisan Nasional
00:31Bukan sahaja di negeri sembilan pada tahun itu, tetapi di peringkat kebangsaan pada pilihan raya yang seterusnya
00:36Iaitu pada tahun 2018, di mana pada ketika itu Pakatan Rakyat berubah menjadi Pakatan Harapan
00:42Dan berjaya merampas negeri sembilan, buat pertama kali dalam sejarah negeri ini dengan menangi 20 kerusi
00:48Pada ketika itu meninggalkan Barisan Nasional yang hanya memperoleh 16 kerusi pada tahun 2018
00:54Sudah tentu tsunami di peringkat kebangsaan juga mengheret negeri sembilan
00:59Kepada ke arah-arah kemenangan untuk Pakatan Harapan
01:02Tetapi pada PRN yang lalu, 2023, tiga tahun lepas
01:07Pakatan Harapan masih lagi berjaya muncul juara
01:09Tetapi dominasinya mungkin kurang sedikit
01:12Tetapi itu juga kerana mungkin ramai daripada kita yang ingat pada ketika itu
01:15Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional membentuk satu persefahaman
01:19Mereka tidak bertembung, mereka tidak bertanding di kerusi yang sama
01:22Mereka mengagihkan kerusi di antara mereka
01:24Dan hasilnya, 17 kerusi dimenangi oleh Pakatan Harapan
01:2714 kerusi berjaya dimenangi oleh Barisan Nasional
01:30Kebanyakannya kerusi yang dipegang sebelum 2018
01:32Dan muncul pencabar baru pada ketika itu
01:35Perikatan Nasional berjaya merampas 5 kerusi
01:39Pada ketika itu, Perikatan Nasional masih lagi agak baru
01:41Dan tidak terlampau lama
01:43Tetapi berjaya mengumpul sedikit kuasa dan pengaruh di negeri sembilan
01:48Sudah tentu, ini adalah data
01:50Tetapi banyak nuansa kepada setiap data
01:52Termasuk percaturan dan landscape politik yang sangat berbeza dan berubah secara dinamik
01:56Sejak beberapa tahun lepas
01:58Termasuk tahun ini, setiap yang kita saksikan sejak PRN Johor untuk negeri sembilan
02:02Tidak ada lagi Perikatan Nasional atau Barisan Nasional untuk negeri sembilan
02:05Tetapi dikatakan Perikatan Barisan Nasional
02:08PN dan BN menggabung kuasa mereka, menggabung pengaruh mereka
02:12Dan apa yang dilakukan oleh PH dan BN pada tahun 2023
02:15Dilakukan oleh PN dan juga BN
02:18Ini adalah cabaran terbesar untuk Pakatan Harapan depan ini
02:22Untuk mereka mengekalkan dominasi mereka di negeri sembilan
02:24Adakah formula PN dan BN ini bakal menjadi game changer untuk negeri sembilan?
02:30Itu dan banyak lagi kami akan kongsikan
02:32Sama dengan anda sebentar sahaja lagi dan sudah tentu
02:34Selain data, analisa dan juga yang paling ditunggu-tunggu keputusan
02:38Kita juga akan sulamkan dengan perbincangan dan juga kupasan yang menyeluruh
02:42Setiap hari ataupun sepanjang hari ini
Comments

Recommended