00:00Penganalisis berpandangan amaran setiausaha agung DAP, Luke Siu Fook, bahawa kekalahan Pakatan Harapan pada PRN Negeri Sembilan boleh memberi implikasi
00:11besar kepada Kerajaan Persekutuan dilihat lebih kepada strategi menggerakkan penyokong keluar mengundi berbanding ancaman sebenar terhadap kelansungan Kerajaan Perpaduan.
00:21Fellow Majlis Prof. Negara Azmi Hassan berkata, beliau tidak menjangka Presiden UMNO Zahid Hamidi akan mengubah pendirian menyokong Perdana Menteri
00:31Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal hanya kerana keputusan PRN Negeri Sembilan.
00:37Menurutnya, kenyataan Luke bertujuan memberi persepsi bahawa kekalahan PH boleh mengubah landscape politik Persekutuan.
00:44Sementara itu, penganalisis Global Asia Consulting Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata,
00:51kenyataan Luke tidak wajar dilihat sekadar retorik kerana kestabilan Kerajaan Perpaduan bergantung kepada keseimbangan politik semasa dan MOU antara parti,
01:01bukan dokumen yang mengikat dari sudut perlembagaan.
01:04Beliau berkata, jika PH gagal mempertahankan Negeri Sembilan, keputusan itu boleh dilihat sebagai petunjuk momentum Kerajaan Persekutuan semakin lama.
01:14Sekaligus, meningkatkan kuasa tawar-menawar BN dalam menentukan hala tujuh kerajaan.
01:21Menurutnya, Kerajaan Perpaduan perlu membina kestabilan berasaskan dasar, integriti institusi dan keyakinan rakyat,
01:28bukan hanya bergantung kepada jumlah kerusi atau janji kesetiaan pemimpin politik.
01:33Khadijah Juno, FMT
Comments