Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
JSPT mengingatkan peserta supaya tidak mengikut nafsu ketika menunggang sehingga melakukan aksi berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
Transcript
00:00Semua peserta program RRZ members 8.0 diingatkan supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk melampiaskan nafsu sehingga mengancam
00:10keselamatan orang lain.
00:12Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Bukit Aman, Datuk Sri Muhammad Hasbullah Ali berkata,
00:18meskipun pihaknya menyokong penganjuran program itu, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peserta yang melakukan aksi berbahaya atau melanggar
00:27undang-undang.
00:29Kali ini kita gunakan pendekatan berbeza. Satu, kita masuk kepada advokatif, ajak kepada semua peserta-peserta jangan lampirkan kita punya,
00:39lampiaskan kita punya nafsu di atas jalan raya, kita gunakan jalan raya sebagai tempat untuk kita tunjuk kita punya teror,
00:48kita gunakan jalan raya untuk kita nak beritahu kepada orang-orang kita, Superman.
00:51yang ini di sini adalah benda-benda yang sangat-sangat tidak organik.
00:58Tambahnya sekiranya kemudaratan yang berlaku melebihi manfaat penganjuran program itu,
01:04JSPT tidak akan teragak-agak untuk mengambil pendekatan penguatkuasaan yang lebih tegas.
01:09Kita juga tegas maknanya setiap kesalahan yang dibuat oleh pengguna-pengguna jalan raya ataupun RZ members nanti,
01:20kalau mereka melakukan aksi-aksi berbahaya ataupun mereka lakukan benda-benda yang bukan-bukan ataupun langgar batasan undang-undang,
01:28kita akan rakam. Memang kita dah siap dengan tim rakaman kita dan kita akan rakam semua sekali.
01:34Rakaman kita nanti jelas, kita akan ambil kemudian.
01:39Jangan terkejut, pihak polis datang rumah, terus ambil ke rumah nanti.
01:43Memang itu pendekatan kita nak buat.
01:45Program RZ members 80 di jadual berlangsung selama dua hari bermula Jumat ini di Gongbadak, Kuala Terengganu.
Comments

Recommended