Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa telah menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kuwait dan Jordan sebagai tindak balas terhadap serangan udara Washington ke atas Iran. Tehran turut mendakwa beberapa kemudahan dan aset tentera AS musnah dalam serangan tersebut.
Transcript
00:00Kor Pengawal Revolusi Islam Iran atau IRGC mendakwa telah menyerang pangkalan tentera AS di Kuwait dan Jordan sebagai tindak balas
00:10terhadap serangan udara Washington ke atas wilayah Iran pada Khamis.
00:13Dalam satu kenyataan, IRGC mendakwa serangan ke atas pangkalan tentera AS di Kuwait telah memusnahkan dua hangar drone serta sebuah
00:22depot bahan api yang digunakan untuk pesawat dan helikopter tentera.
00:29IRGC turut mendakwa bahawa AS sebelum itu melancarkan serangan dari pangkalan tentera di Kuwait ke atas pulau Qashem di selatan
00:36Iran.
00:37Menurut Teheran, serangan tersebut mengenai dua buah rumah dan menyebabkan tiga sekeluarga terbunuh termasuk seorang kanak-kanak.
00:44Dua lagi kanak-kanak dilaporkan cedera dalam insiden itu.
00:48Sebagai tindak balas, IRGC berkata pihaknya turut melancarkan serangan ke atas sebuah pangkalan tentera AS di Jordan.
00:54Kumpulan itu mendakwa tiga pesawat pejuang F-35 milik AS telah dimusnahkan dalam operasi berkenaan.
01:01Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan bebas mengenai dawaan kerosakan atau kemusnahan yang dinyatakan oleh IRGC.
01:09Pihak tentera AS juga belum memberi kenyataan rasmi berhubung dawaan kehilangan pesawat atau kerosakan di pangkalan yang terlibat.
01:16Terima kasih.
01:18Terima kasih.
Comments

Recommended