Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
RM100 sehari. Itu antara kadar sewaan motosikal yang dipercayai dibayar warga asing kepada pemilik tempatan bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk menjual roti dan mengutip besi buruk.
Transcript
00:00Hanya RM100 sehari itu kadar sewaan motosikal yang dipercayai dibayar warga asing kepada pemilik tempatan bagi membolehkan.
00:08Mereka menjalankan perniagaan seperti menjual roti dan mengutip besi buruk.
00:12Dan hasil siasatan mendapati kadar sewaan itu ditentukan menerusi persetujuan antara pemilik kenderaan dan warga asing.
00:20Ikuti laporan wartawan Umar Bati Ramayah dan Jurukamera Abdul Wafi Nur Azmi yang mengikut sidang media operasi pemandu warga asing
00:30atau pewa di Selayang Selangor pada Rabu.
00:34Salah satunya dia menyewa daripada pemilik tempatan dan digunakan kenderaan ini untuk buat perniagaan seperti menjual roti ataupun mengutip besi
00:46-besi buruk di taman.
00:48untuk dijual di tempat yang jual seperti si buruk.
00:52Itu berbagai-bagai lah. Ada kadar dia berbagai tak menentuk.
00:56Sebab dia ikut rundingan dan peminit dengan pemandu warga asing itu sendiri.
01:01Kebiasaannya berapa?
01:02Ada yang satu hari sampai seratus.
01:05Itu ikut persetujuan mereka lah.
01:07Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Selangor, Dato' Ahmad Kamaruzama Mihat memberi amaran tindakan undang-undang bukan sahaja dikenakan ke atas
01:16penunggang terbabit malah.
01:17Pemilik kenderaan juga akan diambil tindakan kerana membenarkan warga asing memandu tanpa lesen memandu yang sah.
01:25Buat masa ini, JPJ bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada wujud sindiket.
01:29Namun, beliau memberitahu ada kes membabitkan seorang pemilik yang mempunyai sehingga tiga kenderaan yang digunakan warga asing.
01:36Dalam operasi bersama Madlis Perbandaran Selayang MPS, sebanyak 126 kenderaan diperiksa dengan 34 daripadanya disita.
01:46Kenderaan yang disita membabitkan 11 motosikal roda tiga, 12 motosikal, 6 kereta persendirian dan 5 lori.
01:55Seawal jam 6.30 pagi, Ops Pewa dilaksanakan bagi mengesan pemandu warga asing yang melanggar undang-undang jalan raya.
02:03Selain memandu tanpa lesen, operasi ini turut mengesan kesalahan lain termasuk lesen kenderaan motor yang tamat tempoh,
02:11tiada insurans, pemalsuan dokumen serta pengubahsuaian kenderaan secara tidak sah.
02:16Dan semua kenderaan yang disita ini ditahan sehingga kes selesai di mahkamah tanpa sebarang tawaran kompaun.
Comments

Recommended