Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ketika dunia memerhati ketegangan di Asia Barat dan ancaman terhadap laluan strategik Selat Hormuz, kesannya bukan sekadar dirasai pasaran tenaga global.

Bagi komuniti nelayan pantai di Port Dickson, sebarang ketidaktentuan yang memberi tekanan kepada harga bahan api turut membawa implikasi kepada kos operasi serta pendapatan harian mereka.

Di sebalik angka dan geopolitik, terdapat kisah kehidupan nelayan yang terus bergelut untuk mempertahankan sumber rezeki mereka. Laporan Firdaus Azil.
Transcript
00:00Kita melihat kepada situasi semasa ketika dunia memerhati ketegangan di Asia Barat dan juga ancaman terhadap laluan strategik Selat Hormuz.
00:12Kesannya bukan sekadar dirasai pasaran tenaga global.
00:16Bagi komuniti nelayan pantai di Poddiksen, sebarang ketidaktentuan yang memberi tekanan kepada harga bahan api,
00:23terutama membawa intikasi kepada kos operasi serta pendapatan harian mereka.
00:27Dan di sebalik angka dan geopolitik, terdapat kisah kehidupan nelayan yang terus bergelut untuk mempertahankan sumber rezeki mereka.
00:37Laporan Fiktus Azil
01:01Ribuan kilometer dari Selat Hormuz, kehidupan nelayan pantai di Poddiksen bermula seperti biasa.
01:08Sebelum matahari terbit, mereka sudah berada di JT menyiapkan bot dan peralatan bagi memastikan dapat turun ke laut mencari rezeki.
01:17Namun bagi komuniti nelayan, bahan api bukan sekadar keperluan harian.
01:23Ia menjadi faktor penting yang menentukan sejauh mana mereka mampu pergi,
01:27berapa lama mereka berada di laut dan sama ada hasil tangkapan mampu menampung kos operasi.
01:33Kalau dia dapat sebelum ini, pendapatan dia satu hari, RM1,200, dia akan tinggal lah.
01:42Tinggal, tinggal RM700.
01:47Itu kalau orang yang menangkap udang lah.
01:51Dia dapat cecah tu.
01:52Pagi petang lah tu.
01:54Bila dah berubah macam ni, dia mungkin keadaan laut akan berubah lah.
01:58Hidupan laut pun akan dicah tepat perlindungan lah.
02:05Bagi Rezuan Tasrif, 56 tahun, perubahan itu bukan sekadar angka pada kertas.
02:12Pendapatan yang semakin tidak menentu, memberi cabaran baru kepada kehidupannya sebagai ketua keluarga yang masih mempunyai tanggungan untuk dibesarkan dan
02:22dididik.
02:22Saya menanggung keluarga yang bersekolah, sekarang ni tiga lah.
02:27Satu di U, dua di peringkat pendengah lah.
02:32Walaupun kehidupan nelayan sering dikaitkan dengan hasil tangkapan,
02:36hakikatnya, mereka turut berdepan peningkatan kos operasi, penyelenggaraan peralatan,
02:42serta pelbagai risiko yang tidak dapat dijangka.
02:46Apabila hasil berkurangan, perbelanjaan tetap perlu diteruskan.
02:50Bagi nelayan veteran seperti Awaluddin Ma'ruf, 78 tahun,
02:55cabaran hari ini dilihat berbeza berbanding ketika beliau mula turun ke laut puluhan tahun lalu.
03:01Antara perkara yang sering dibangkitkan ialah kebergantungan kepada subsidi bahan api
03:06untuk membantu mengurangkan kos operasi harian.
03:10Jadi kita dibenarkan setiap kali ambil itu hanya 20 liter saja.
03:16Jadi sebulan dibenarkan 200 liter.
03:20Mana 10 kali?
03:22Kalau kita lebih turun daripada 10 kali itu, pakai duit sendiri lah.
03:30Bagi nelayan pantai, setiap perjalanan ke laut memerlukan perbelanjaan sebelum hasil dapat dibawa pulang.
03:38Jika cuaca tidak mengizinkan atau tangkapan tidak menjadi, kerugian tetap perlu ditanggung.
03:44Kadang-kadang ke laut pergi kosong balik kosong.
03:47Minyak dan belanja tidak ada hasil.
03:50Realitinya, pekerjaan sebagai nelayan bukan hanya bergantung kepada kemahiran dan pengalaman.
03:57Mereka turut bergantung kepada keadaan cuaca, faktor alam sekitar dan kestabilan kos operasi yang sentiasa berubah.
04:06Dalam suasana ekonomi yang mencabar, marjin keuntungan yang semakin mengecil memberi tekanan kepada kelansungan komuniti nelayan pantai.
04:15Bagi Pak Din yang sudah mengenali laut sejak kecil, pekerjaan ini bukan sekadar sumber pendapatan.
04:22Ia adalah kehidupan yang diwarisi sejak turun-temurun.
04:2650, umur 6 tahun, 7 tahun, orang tua dah bawa Pak Cik pergi ke laut dah.
04:32Daripada situlah Pak Cik dah tak boleh lupakan laut.
04:40Namun persoalan yang semakin timbul ialah sejauh mana komuniti nelayan mampu bertahan berdepan ketidaktentuan masa depan.
04:49Ketika dunia memberi tumpuan kepada konflik dan pergolakan global, nelayan seperti Pak Din dan Pak Duan hanya berharap
04:56Mereka terus mampu turun ke laut, membawa pulang hasil tangkapan dan menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga mereka.
05:05Fidoz Azil, Astro Awani, Teluk Kemang, Negeri Sembilan
05:10Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended