00:00Kekalahan Pakatan Harapan pada PRN Negeri 9 Sabtu ini boleh membawa implikasi besar terhadap kelangsungan Kerajaan Persekutuan, kata Setiausaha Agung
00:10DAP Lok Siu Fok.
00:11Lok berkata walaupun pemimpin Barisan Nasional berulang kali memberi jaminan kepada PH, kononnya gagasannya akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan dan
00:20Singa Tamat Penggal.
00:21Beliau sedar percaturan politik sentiasa boleh berubah.
00:24Beliau berkata demikian mengulas spekulasi bahawa prestasi cemerlang BN di Negeri 9 boleh mencetuskan langkah undi tidak percaya terhadap Kerajaan
00:33Perpaduan.
00:34Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU 2022 apabila tiada gabungan menang kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.
00:43Lok yang juga menteri pengangkutan tidak menolak kemungkinan PH akan berunding dengan gabungan lain selepas PRN Negeri 9 jika gagal
00:52memperoleh kerusi yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Negeri.