Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengundi yang pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren tambahan selama tiga hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos.
Transcript
00:00Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengundi yang pulang melunaikan tanggungjawab pada peliharaan negeri PRN Negeri Sembilan,
00:07teratapi Tanah Melayu Berhad KTMB menyediakan permataan tren tambahan selama 3 hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos.
00:15Inisiatif itu melibatkan tambahan perjalanan KTM Komuter dan permataan tren elektrik ETS
00:20sesulat menjangkaan peningkatan jumlah penumpang menjelang hari pengundian pada 1 Ogos.
00:26Sebanyak 18 perjalanan tambahan KTM Komuter disediakan pada 31 Julai mengikut jadual hari bekerja
00:34manakala 18 lagi perjalanan akan beroperasi pada 1 dan 2 Ogos mengikut jadual hujung minggu.
00:41Secara keseluruhan, KTMB menyediakan kapasiti sehingga 233,600 penumpang sepanjang 3 hari berkenaan
00:49termasuk lebih 43,000 tempat menerusi tren tambahan.
00:53Bagi perkhidmatan ETS pula, sebanyak 30 perjalanan tambahan disediakan
00:59membabitkan laluan KL Sentral ke JB Sentral, JB Sentral ke Seremban serta KL Sentral ke Padang Besar.
01:06Langkah itu menawarkan hampir 9,500 tempat duduk tambahan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang
01:14khususnya mereka yang pulang mengundi atau kembali semula selepas proses pengundian.
01:19Pada masa sama, KTMB memaklumkan kerja-kerja projek menaik taraf kemudahan infrastruktur
01:25landasan kereta api berkembar elektrik lembah kelang Fasa 2 akan dihentikan sementara sepanjang tempoh 3 hari berkenaan.
01:33Langkah itu diambil bagi memastikan operasi tren berjalan lancar serta menjamin keselamatan perjalanan pengguna.
Comments

Recommended