00:00Sarawak berharap Kerajaan Persekutuan meningkatkan peruntukan bagi kajian dan penerokaan sumber mineral di negeri itu
00:07selepas Kerajaan Negeri sendiri memperuntukkan hampir RM33 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dan Rancangan Malaysia ke-13.
00:16Menurut Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, angka itu adalah 10 kali ganda
00:21berbanding RM32.7 juta disalurkan Kerajaan Persekutuan dalam tempoh yang sama.
00:27Jelasnya peningkatan peruntukan itu penting bagi memperkukuhkan pemetaan geologi dan aktiviti penerokaan mineral
00:33sekaligus membolehkan penilaian lebih tepat terhadap kekayaan sumber mineral Sarawak.
00:39Usaha itu turut menjadi pemangkin kepada kemasukan pelaburan baru, pembangunan industri hiliran
00:44serta memperkukuhkan rantaian bekalan mineral strategik negara.
00:47Tegasnya peruntukan Persekutuan pada ketika ini tidak setimpal dengan keluasan Sarawak
00:52dan potensi sumber mineralnya malah lebih jauh rendah berbanding beberapa negeri lain
00:57seperti Johor, Sabah, Perak dan Kedah.
01:00Beliau berkata demikian, menulis satu kenyataan selepas mewakili Premier
01:03pada mesyuarat Majlis Mineral Negara yang dipengurusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof
01:09di bangunan Parlimen pada Selasa.
01:11Terima kasih kerana menonton!
Comments