Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi lebih awal daripada sasaran, namun pakar ekonomi mengingatkan ukuran itu tidak semestinya mencerminkan kesejahteraan rakyat. Fokus sebenar perlu diberikan kepada usaha menjadi negara maju dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
Transcript
00:00Malaysia yang ketinggalan 7.1% untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi tidak seharusnya diraihkan secara berlebihan.
00:09Pakar Ekonomi Prof. Zakaria Abdul Rashid berkata, status negara berpendapatan tinggi yang digunakan Bank Dunia adalah berdasarkan pendapatan negara kasar
00:17atau GNI iaitu ukuran terhadap pendapatan negara, bukannya pendapatan yang dinikmati rakyat secara langsung.
00:27Menurutnya terdapat perbezaan ketara antara pendapatan negara dan kesejahteraan rakyat kerana yang menentukan taraf hidup sebenar adalah pendapatan isi rumah.
00:38Kita mudah capai. Mengapa kita mudah capai negara pendapatan tinggi? Kerana negara pendapatan tinggi ini adalah benchmark ataupun ambang yang
00:48ditetapkan oleh Bank Dunia berdasarkan kepada G7.
00:56kepada negara-negara G7, negara-negara maju. Seperti negara UK, Germany, Australia, US, Italy dan sebagainya.
01:09Jadi kalau kita lihat apabila negara-negara maju ini, beberapa tahun kebelakangan ini, pertumbuhan ekonominya malap.
01:18inflasinya tinggi. Sedangkan kita adalah sebaliknya, pertumbuhan ekonomi kita rancak dan inflasi kita terkawal sangat rendah.
01:33Jadi maka dengan perbezaan yang sangat ketara begini, dengan perbezaan yang sangat ketara antara Malaysia dan negara-negara maju
01:43yang terutamanya negara G7, maka kita akan approaching ataupun mendekati ambang negara maju, negara pendapatan tinggi ini dengan lebih pantas
01:56lagi.
01:56Jadi sebab itu rasanya kalau kita sasarkan 2030, saya fikir tak sampai 2030 pun kita akan sampai negara maju.
02:06Eh sorry, negara berpendapatan tinggi. Tetapi tidak semestinya kita maju.
02:11Justeru beliau berpandangan, sasaran utama negara sepatutnya tertumpu kepada usaha menjadi negara maju
02:17dan bukannya sekadar mencapai status negara berpendapatan tinggi.
02:21Mengenai aspek kesejahteraan rakyat pula katanya, peningkatan produktiviti dan daya saing negara kebelakangan ini
02:28masih belum diterjemahkan secara seimbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah.
02:33Menurutnya cabaran utama ketika ini adalah kadar perkongsian pendapatan buruh kepada keluaran dalam negara kasar KDNK yang masih rendah
02:41menyebabkan manfaat pertumbuhan ekonomi tidak diagihkan secara adil kepada pekerja.
02:47Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Rabu.
Comments

Recommended