Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
SRBI akan diselaraskan dengan keperluan pengurusan kecairan dan menyokong aliran masuk modal asing bagi menyumbang kepada kestabilan rupiah.
Transcript
00:00Usaha menstabilkan rupiah akan diperkukuh bagi mencapai sasaran inflasi serta menggalakkan aktiviti ekonomi.
00:06Ketua Pengurusan Monetari Bank Indonesia Erwin Gunawan Hutapia berkata,
00:11Bank Indonesia BI tidak hanya bergantung kepada kadar faedah untuk menyokong rupiah,
00:16sebaliknya menggunakan gabungan dasar yang merangkumi instrumen lain seperti campur tangan dalam pasaran pertukaran asing,
00:22sport, serta kontrak hadapan tanpa serahan dalam dan juga luar posisi.
00:30Beliau berkata, BI turut komited untuk memastikan kecairan mencukupi dalam pasaran wang serta sistem perbankan.
00:37Menurutnya, penerbitan sekuriti rupiah BI yang dikenali sebagai SRBI akan diselaraskan dengan keperluan pengurusan kecairan
00:46dan menyokong aliran masuk modal asing bagi menyumbang kepada kestabilan rupiah.
00:51BI juga akan memastikan pengagihan kecairan yang lebih seimbang dalam sektor kewangan.
00:57Kenyataan itu dikeluarkan selepas rupiah susut melepasi paras 18,000 rupiah bagi setiap dolar minggu ini.
01:05Susulan peletakan jawatan mengejut Gubernur BI, Perry Wargio,
01:09yang mencetuskan semula persoalan pelabur mengenai kebebasan bank pusat tersebut.
01:15Terima kasih telah menonton!
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended