00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan terdapat peluang yang cerah untuk Washington mencapai satu perjanjian baru dengan Iran.
00:08Menurutnya, Amerika Syarikat ketika ini sedang mengadakan rundingan dengan Iran dan menyifatkan perbincangan berlangsung dalam suasana positif.
00:18Bagaimanapun beliau memberi amaran tindakan ketenteraan akan disambung semula sekiranya rundingan gagal mencapai keputusan yang diharapkan.
00:25Beliau mendakwa Iran bersetuju untuk mengadakan rundingan selepas berdepan tekanan susulan siri tindakan ketenteraan yang dilaksanakan Amerika Syarikat sebelum ini.
00:35Dalam masalah sama, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin berhubung dakwaan bahawa Moskow berkongsi maklumat satelit dengan
00:43Iran.
00:44Sementara itu, Trump dijadualkan bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi membincangkan konflik Iran, situasi di Lubnan serta peluasan perjanjian
00:53Abraham.
00:54Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky bagi membincangkan usaha menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
Comments