Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Pengumuman peletakan jawatan mengejut Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo, mencetuskan reaksi segera dalam pasaran kewangan dan kebimbangan pelabur terhadap kebebasan bank pusat serta pengurusan fiskal Indonesia. Timbalan Gabenor Kanan, Destry Damayanti, dilantik sebagai gabenor sementara bagi menerajui institusi itu.
Transcript
00:00Pertama, perkembangan yang baru kami terima.
00:10Gabiner Bank Indonesia, Peri Wargio, mengumumkan peletakan jawatannya.
00:14Perkembangan yang mengejutkan pelbagai pihak termasuk dalam kalangan pelabur.
00:19Menurut media antarabangsa, pengumuman itu sekaligus mencetuskan kebimbangan meluas
00:24melibatkan para pelabur di negara berkenaan.
00:26Lebih-lebih lagi terhadap kebebasan Bank Pusat dan pengurusan fiskal Indonesia.
00:34Presiden Prabowo Subianto juga dilaporkan telah menerima peletakan jawatan wari joyo
00:40dalam satu sidang media yang diadakan sebelum pembukaan pasaran kewangan di Jakarta.
00:45Susudan itu, timbalan Gabiner Kanan Bank Indonesia, Destri Damanyanti,
00:50dilantik sebagai Gabiner Sementara bagi menerajui institusi kewangan berkenaan
00:54sehingga pelatikan baru dibuat.
00:56Sementara itu, pasaran kewangan Indonesia dilaporkan memberi reaksi awal
01:00terhadap perkembangan tersebut apabila nilai rupiah menyusut sehingga 0.14%
01:06kepada Rp17,960 berbanding $1 AS dalam dagangan awal.
01:14Periwari Joyo pertama kali dilantik sebagai Gabiner Bank Indonesia pada 2018
01:19sebelum diberikan mandat bagi penggal kedua selama lima tahun pada 2023.
01:25Bank Indonesia turut dilaporkan berdepan tekanan untuk menyokong agenda
01:29pertumbuhan ekonomi besar yang diperkenalkan petabiran Prabowo.
01:33Perkembangan terbaru ini dijangka terus menjadi perhatian pelabur dan pasaran kewangan serantau
01:38memandangkan peranan penting Bank Indonesia dalam mengurus dasar monetari
01:42serta kestabilan ekonomi negara tersebut.
Comments

Recommended