00:00Peruncit tempatan kembali mencatatkan belian bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas merekodkan jualan selama seminggu.
00:08Membawa kepada aliran masuk bersih sebanyak RM223.1 juta.
00:14Menurut MBSP Investment Bank Berhad, MBSBIB, institusi tempatan meneruskan aliran jualan bersih mereka kepada minggu keempat berturut-turut dengan aliran
00:24keluar bersih sebanyak RM88.8 juta.
00:30Institusi asing beralih arah dan kembali mencatat jualan bersih selepas dua minggu berturut-turut merekodkan belian bersih dengan aliran keluar
00:38bersih berjumlah RM134.3 juta.
00:42Institusi asing merupakan pembeli bersih hanya pada satu daripada lima hari dagangan sepanjang minggu itu dengan satu-satunya aliran masuk
00:51dicatatkan pada selasa sebanyak RM169.5 juta.
00:56Aliran keluar tertinggi adalah pada Jumaat sebanyak RM148.8 juta, diikuti Rabu RM72.9 juta, Kamis RM63.9 juta dan
01:10Isnin RM18.2 juta.
01:12MBSB Investment Bank memaklumkan sektor pengangkutan dan logistik menarik aliran masuk bersih asing terbesar sebanyak RM154.4 juta,
01:23diikuti perkhidmatan kewangan RM144.9 juta dan utiliti RM32.8 juta.
01:33Aliran keluar bersih asing terbesar adalah daripada produk perindustrian dan perkhidmatan iaitu RM204.8 juta, produk dan perkhidmatan pengguna RM110
01:44.9 juta dan teknologi RM65.3 juta.
01:49Menurut bank pelaburan itu, perata jumlah dagangan harian menurun dengan semua kumpulan pelabur merosot 12.1% dalam kalangan peruncit,
02:0014.1% dalam kalangan institusi tempatan dan 7% dalam kalangan institusi asing.
02:08Terima kasih telah menonton!
Comments