Skip to playerSkip to main content
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr Azizul Hakim Mahdi menawarkan pendekatan berteraskan kesihatan, pembangunan belia dan pemerkasaan ekonomi tempatan sebagai antara fokus utama sekiranya diberi mandat pada Pilihanraya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16).

#PRNNegeriSembilan #NegeriSembilanMemilih
Transcript
00:00Sementara itu calon Pakatan Harapan untuk Don Rantau Dr. Azizul Hakim Mahdi menawarkan pendekatan berteraskan kesihatan, pembangunan belia dan pemerkasaan
00:08ekonomi tempatan sebagai antara fokus utama sekiranya diberi mandat dalam PRN kali ini.
00:14Katanya latar belakang sebagai seorang pengamal perubatan membolehkan beliau membawa inisiatif yang lebih khusus untuk memenuhi keperluan penduduk rantau yang
00:22mempunyai profil demografi yang berbeza.
00:27Katanya kawasan sendayan yang pesat membangun didiami ramai golongan muda manakala kawasan seperti Pekan Rantau, Kampung Linsum dan Kuala Sawah
00:36pula mempunyai lebih ramai penduduk warga emas.
00:39Dan saya mewakili Pakatan Harapan kita cuba beri nafas baru seorang calon orang muda, profesional dan juga belakang belakang perubatan
00:50yang mana kita boleh bawa inisiatif kesihatan dan perubatan untuk spesifik di Rantau ini.
00:56Rantau ini ada dua bahagian. Pertama di atas belakang utara adalah Selayan. Itu ramai orang muda, banyak pembangunan dan sebagainya.
01:03Tapi di selatan ini ada Pekan Rantau, Kampung Linsum, Kuala Sawah ini adalah Pekan Kecil ataupun kampung yang penduduknya dah
01:11sedikit berusia warga emas.
01:14Jadi kat situ kita boleh masuk melalui program kesihatan dan kita nak pastikan setiap Pekan Rantau walaupun dah usia warga
01:20emas tetap sihat, tetap boleh bertanaga dan memberi sumbangan untuk membangunkan Rantau dan secara umumnya Negeri Sembilan.
01:28Dalam pada itu Dr. Azizul berkata, beliau turut bercadang mewujudkan sebuah hub industri kecil bagi membantu lepasan pendidikan dan latihan
01:37teknikal dan vocational TVET memulakan perniagaan berasaskan kemahiran.
01:41Beliau berkata kewujudan hub berkenaan mampu menjadi platform kepada golongan belia mengembangkan perniagaan sekaligus merancangkan ekorami setempat.
02:11Hub Industri Kecil. Jadi itu yang saya nak bawa antara yang utamanya iaitu hub industri kecil untuk anak muda mulakan
02:19berniaga, mulakan servis dan media TVET.
02:22Terutama dalam bidang otomatif daripada Food Industries.
02:24Mereka ada kemahiran untuk bengkel, repair kereta dan sebagainya tapi tak ada tempat untuk buka bengkel dan tak ada dana
02:33pula untuk buka bengkel itu.
02:34Juga ada yang dari Food Industry nak jual keripik, frozen semua.
02:37Kita cuba sediakan satu hub industri kecil untuk anak muda berniaga kat situ.
02:43Mengulas peluang PH pada PRN kali ini, Dr. Azizul yakin rakyat dapat menilai pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri di bawah
02:51Pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
02:54Ujian yang pelbagai bantuan disediakan Kerajaan Negeri merangkumi setiap peringkat kehidupan rakyat selain menyifatkan Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan sifar miskin
03:05tegak sebagai antara pencapaian yang memberi manfaat kepada rakyat.
03:08Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, Dr. Azizul bakal berdepan saingan daripada penyandang kerusi Dunrantau yang juga pengerusi Barisan Nasional
03:17BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hassan dalam saingan dua penjuru.
03:21Mohd yang juga ahli Parlimen Rembau mula berkhidmat sebagai adun rantau pada 2004 dan menerusi PRN 2023, Mohd berjaya mengekalkan
03:31penguasaan BN di kubu kuat itu apabila menewaskan calon Perikatan Nasional PN Rozmal Malakan dengan memperoleh 16,957 undi sekaligus
03:42mencatat 10,280 majoriti.
Comments

Recommended