Skip to playerSkip to main content
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pemerhatian dan penilaian masih dilakukan susulan negara masih belum keluar sepenuhnya dari krisis global. Katanya, ia termasuk faktor lain termasuk Super El Niño sekiranya memberi kesan terhadap kegiatan ekonomi. #AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertama adalah peringatan bahawa kita masih belum keluar sepenuhnya daripada krisis peringkat global ini,
00:09maka pemerhatian dan penelitian terutamanya di peringkat Kementerian Ekonomi ini masih berlaku.
00:15Malah dalam soal kita menilai keadaan itu dari segi melihat keberkesanan intervensi,
00:24melihat juga kepada reaksi ataupun statistik yang berlaku itu memang kita menjadi tumpuan.
00:30Pada masa yang sama, angka pertumbuhan yang telah dianggarkan bagi kuota kedua ataupun suku kedua ini
00:39melihatkan pertumbuhan yang baik iaitu pada paras 5.8%.
00:45Ini memberi gambaran bahawa untuk separuh pertama tahun 2026,
00:52pertumbuhan kita adalah sebanyak 5.6%.
00:56Ini lebih tinggi daripada unjuran untuk tahun 2026 oleh pihak Bank Negara iaitu 4 hingga 5%.
01:05bermaksud bahawa kita perlu lebih berwaspada untuk suku ketiga dan keempat kerana seperti yang dinyatakan tadi,
01:17asas pertumbuhan suku pertama dan kedua yang tinggi ini akan memberi tekanan yang lebih untuk kita mengekalkan prestasi yang sama.
01:26tetapi perkara yang kedua juga, keadaan krisis itu belum selesai sempurna dan kita juga kena menguruskan sekiranya faktor-faktor lain
01:36seperti Super El Nino dan sebagainya ada kesan dari segi kegiatan aktiviti ekonomi.
01:42Perkara kedua yang kita bincangkan tadi adalah juga penumpuan untuk fasa kedua tahun 2026 ini
01:53melangkaui, menguruskan krisis iaitu bagaimana kita boleh mengorak langkah dan menilai dengan lebih mendalam
02:01isu-isu struktur ekonomi yang mungkin selama ini membelenggui negara
02:07tapi juga melihat kepada perbincangan dan juga peluang yang kita boleh cuba atasilah.
02:14Ini termasuk juga perbincangan-perbincangan dalam isu pendapatan rakyat dan sebagainya.
02:19dan
Comments

Recommended