00:00Israel memaklumkan bahawa ia sudah meluluskan penempatan pasukan penstabilan antarabangsa atau ISF di Semenanjung Gaza
00:06bagi menyokong cadangan pelan damai Gaza yang dibentang oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
00:12menurut agensi akhbar tempatan Israel Hayom.
00:16Undian mengenainya bagaimanapun ditolak oleh Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir
00:20dengan dia menjadi satu-satunya anggota kabinet yang tidak sehaluan dengan majoriti.
00:28Ben-Gvir tegaskan penolakannya kepada undi itu didorong selepas Hamas didakwa tidak memenuhi komitmennya
00:33untuk melucutkan senjata di Gaza.
00:35Justru Israel juga tidak terikat dengan komitmen tersebut.
00:38Tambahnya penyelesaian bagi Gaza adalah dengan menggalakkan perhijrahan penduduk keluar dari wilayah itu.
00:44Menegala Menteri Luar Israel, Gideon Saar pula menegaskan pelan berkenaan adalah satu inisiatif antarabangsa
00:49dan Israel tidak seharusnya menjadi pihak yang menggagalkannya walaupun hasil akhirnya belum dipastikan.
00:54Sementeri itu dalam satu kenyataan di PFRMX, Ketua Otusan Lembaga Keamanan untuk Gaza,
01:00Nikolai Madinov mengeloluhkan langkah Israel memudahkan pendapatan ISF di Gaza
01:05selaras dengan resolusi 2803 Majlis Keselamatan PBB.
01:09Tegasnya tumpuan kini perlu diberikan kepada pelaksanaan pelan 20 perkara Gaza yang dikembangkan Trump
01:14termasuk peta jalan yang dibetangkan oleh pihak perantara.
01:18Sementeri itu Hamas pula menegaskan tututan berterusan supaya pergerakan itu melucutkan senjata
01:22tanpa Israel memenuhi tanggungjawabnya di bawah fasa pertama perjanjian keceritaan senjata
01:27bercanggah dengan pelan Gaza yang dicadangkan Trump.
01:31Tegas Hamas pihaknya telah memenuhi komitmen fasa pertama dengan mebebaskan tawanan Israel
01:35namun Israel masih meneruskan serangan ketenteraan dan menghadkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
01:41Fasa kedua perjanjian itu merangkumi pengunduran ketenteraan Israel yang lebih meluas
01:45dan usaha pembinaan semula Gaza di samping permulaan proses pelucutan senjata kumpulan-kumpulan Palestine.
01:51Bagaimanapun Israel terus menegaskan bahawa proses pelucutan senjata perlu dilaksanakan terlebih dahulu.