Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana layak menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) hingga empat kali setahun, tertakluk kepada syarat tuntutan yang ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Transcript
00:00Rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana layak menerima bantuan wang ihsan BWI hingga 4 kali setahun tertakluk kepada syarat tuntutan
00:10yang ditetapkan oleh agensi pengurusan bencana negara NADMA.
00:14Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial SPKS NADMA, Jeffney Muhammad berkata, bantuan itu disediakan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat
00:23dalam bencana seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, umbat besar dan sebagainya.
00:30Beliau berkata, setiap ketua isi rumah KIR yang layak boleh menerima bantuan RM1,000 bagi setiap tuntutan sekaligus membolehkan jumlah
00:39keseluruhan bantuan mencecah RM4,000 setahun sekiranya mangsa terlibat dalam bencana sebanyak 4 kali.
00:46Bagaimanapun jelasnya, tuntutan hanya dibenarkan sekali dalam tempoh setiap 3 bulan.
00:53Ini bermaksud jika seseorang mangsa mengalami bencana sebanyak 2 kali dalam tempoh 3 bulan, hanya satu tuntutan boleh dibuat.
01:01Tetapi ujar Jeffney, sekiranya mangsa sekali lagi ditimpa bencana selepas tempoh 3 bulan, mereka layak mengemukakan permohonan baharu.
01:10Dalam badi itu, Jeffney berkata sebanyak 108,000 KIR di seluruh negara telah menerima BWI berjumlah RM108 juta bagi musim
01:20monsoon 2025-2026.
01:22Beliau berkata demikian selepas merasmikan Madlis Penutup Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti CBDRM,
01:29Kelolaan Yayasan Ikhlas di Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Besut di Kampung Raja, Jertih.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended