00:00Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjangkakan kerjasama antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional tidak akan bertahan lama,
00:09dengan UMNO akan kembali mencabar penguasaan PAS di negeri-negeri utara.
00:14Bekas Perdana Menteri itu mendakwa kemesraan PAS dan UMNO ketika ini hanya bertujuan mengelakkan pertindihan kerusi
00:22serta memastikan kedua-dua pihak tidak bertembung pada pilihan raya.
00:26Muhyiddin turut menggesa pengundi negeri sembilan supaya tidak mudah terpedaya dengan hubungan yang kelihatan mesra antara BN dan PN
00:35sambil menyifatkannya sekadar percaturan politik menjelang PRN.
00:40Di bawah kerjasama pilihan raya bagi PRN negeri sembilan, BN bertanding di 25 kerusi manakala PN di 11 kerusi
00:49sementara Bersatu bertanding di 24 kerusi menggunakan logo sendiri walaupun masih parti komponen PN.
00:56Hubungan Bersatu dan PAS semakin renggang selepas PAS mengambil alih jawatan pengerusi PN sebelum menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu bulan
01:06lalu.
Comments