Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Malaysia mengecam pencerobohan di Kompleks Masjid Al-Aqsa dan menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan segera bagi menghentikan provokasi serta pelanggaran terhadap status quo tapak suci itu.
Transcript
00:00Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan secara beramai-ramai ke atas kompleks Masjid Al-Aqsa oleh lebih daripada 4,200 puak
00:09pelampau Yahudi termasuk seorang Menteri Israel Itamar Ben-Gavir di bawah Pelindungan Tentera Rejim Zionis Israel pada 23 Julai.
00:17Wisma Putera menegaskan tindakan menyerbu tempat suci ketiga umat Islam di susuli sekatan yang dikenakan ke atas Jumaat Palestine serta
00:24pelaksanaan aktiviti keagamaan tanpa kebenaran di dalam kawasan kompleks berkenaan merupakan pelanggaran nyata terhadap status quo sejarah dan undang-undang
00:32yang mentadbir tapak suci itu.
00:36Ujannya tindakan ini juga merupakan pelanggaran seri setadap undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB yang
00:44berkaitan mengenai status Baitu Ma'adis Timur yang diduduki.
00:48Kenyataan Wisma Putera menyebut Malaysia memandang provokasi melampau ini sebagai sebahagian daripada corak pelanggaran berterusan oleh Rejim Zionis Israel di
00:56Baitu Ma'adis Timur yang diduduki yang bertujuan menggugat kesucian Masjid Al-Aqsa serta mengubah sejarah undang-undang dan demografinya.
01:04Wisma Putera menambah tindakan berkenaan bukan sahaja mengancam keamanan dan kestabilan serantau malah membelakangkan sensitiviti keagamaan umat Islam di seluruh
01:13dunia.
01:13Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah segera dan konkret bagi memastikan Israel menghentikan segala tindakan provokatif
01:23serta pencabulan terhadap Masjid Al-Aqsa.
Comments

Recommended