00:00Intro
00:06Assalamualaikum, salam hormat anda sedang menonton Butin Awani dan ini perkembangan yang baru kami terima
00:11Kerajaan Negeri Johor membatalkan lesen perniagaan Network School di Forest City
00:16Serta mengarahkan semua operasinya dihentikan berkuat kuasa pada Rabu
00:20Keputusan itu dibuat selepas Majlis Bandar Raya Iskandar Puteri mendapati
00:24Berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat ditetapkan Menteri Besar Johor Datuk On Hafiz Ghazi dalam kenyataan memaklumkan
00:33Keputusan itu dipersetujui mesyuarat penuh khas Majlis Bandar Raya Iskandar Puteri
00:38Selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi dikemukakan syarikat berkenaan
00:45Beliau menegaskan tindakan penguatkuasaan hanya diambil selepas aduan disahkan
00:51Pemeriksaan dijalankan dan semua proses undang-undang disempurnakan
00:56Beliau menegaskan Johor kekal mengalu-alukan pelaburan berkualiti yang memberi manfaat kepada ekonomi negeri
01:03Namun, tiada mana-mana pelabur atau organisasi boleh mengatasi kedaulatan undang-undang negara
01:09Pada masa sama, Kerajaan Negeri menggesa Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Agensi Keselamatan meneruskan siasatan
01:20Sekiranya terdapat penyalahgunaan pasport kedua, salah nyata identiti pelanggaran syarat kemasukan atau kesalahan lain di bawah Undang-Undang Malaysia
Comments