00:00Kadara jenayah indeks di Kelantan turun 7.6% bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini kepada 891 kes berbanding
00:09964 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
00:13Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusof Mamad berkata penurunan sebanyak 73 kes itu membuktikan tindakan berterusan pihaknya berada pada landasan
00:22tepat.
00:25Beliau berkata jenayah kekerasan menurun daripada 246 kes kepada 202 kes manakala jenayah harta benda berkurangan daripada 718 kes kepada
00:38689 kes.
00:40Bagi tempoh sama, Muhammad Yusof berkata kes jenayah narkotik menurun 13% kepada 12,051 kes berbanding 13,957 kes
00:53pada tahun lalu.
00:54Jumlah tangkapan berkaitan kesalahan narkotik turut menurun 10% kepada 13,182 individu.
01:02Nilai rampasan dadah pula meningkat 17% kepada 15,7 juta ringgit sekaligus mencerminkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan dalam mengekang jenayah
01:13itu.
01:14Dalam perkembangan berkaitan, Polis Kontingen Kelantan juga akan mengubah pendekatan dalam menangani kegiatan lomba haram dengan mengadakan sesi pertemuan bersama
01:24ibu bapa penunggang yang terlibat.
Comments