Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Rangkuman kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sepanjang hari ini bersama wartawan Asyraf Malik di Seremban.
Transcript
00:00Pelbagai perkembangan menarik disaksikan pada hari keempat pilihan raya negeri PRN Negeri 9 ke-16
00:07daripada Barisan Nasional ke Bersatu kemudian ke Hub Pengangkutan Lokomotif di Seremban.
00:14Wartawan Ashraf Malik di lokasi ada perincian lanjut.
00:19Baik, terima kasih rakan setugas di Pusat Penyelan Asia Bukit Jalil
00:23memasuki hari keempat kempen bagi pilihan raya negeri PRN Negeri 9 ke-16
00:29Apa yang menarik pada Pesta Demokrasi hari ini?
00:32Ini rumusan yang saya dapat kongsikan pada waktu dan jam ini.
00:36Pertama, kita ke Majlis Amanat Timbalan Perdana Menteri bersama Warga Kemas Negeri 9 di Seremban
00:41di mana Pengurusi Barisan Nasional BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
00:46mengakui beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi gerak kerja jentera parti.
00:51Menurut beliau, semua jentera dan calon perlu memperhebat usaha sepanjang tempoh berkempen
00:56kerana BN berdepan cabaran sebagai parti yang dianggap underdog dalam pilihan raya kali ini.
01:03Beliau mengingatkan pada PRN tahun 2023 lalu, BN hanya memiliki 14 kerusi Dewan Undangan Negeri.
01:10Ini menjadi peringatan bahawa parti itu tidak boleh berasa selesa dan perlu bekerja lebih keras untuk meraih sokongan rakyat.
01:17Selain itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua organisasi media
01:22memberikan liputan yang adil dan seimbang kepada setiap calon yang bertanding.
01:28Menurutnya, terdapat maklum balas mengenai dakwaan berlaku blackout terhadap calon atau parti tertentu
01:35selain laporan yang hanya diberikan ruang siaran terhad.
01:38Dari Seremban, kita ke Dunlabu pula.
01:42Saya berpeluang menemubual calon bersatu yang juga Ketua Perbangkang Negeri Sembilan, Muhammad Hanifah Abu Bakar.
01:48Antara perkongsian menarik apabila beliau menyasarkan bersatu untuk muncul sebagai kingmaker pada PRN.
01:56Jelas Hanifah bersatu tidak bertanding untuk sekadar menjadi pelengkap.
02:00Sebaliknya yakin, mampu mencipta kejutan sehingga berpeluang menentukan pembentukan kerajaan negeri.
02:07Ini sudah tentunya menarik pada malam penentuan 1 Ogos nanti.
02:11Adakah bersatu akan memainkan peranan penting ketika gabungan besar politik bertembung?
02:16Sama-sama kita nantikan.
02:18Dan sebagai penutup untuk malam ini, kita akhiri dengan yang manis.
02:22Di Seremban, projek pembinaan Seremban Central dijangka siap sepenuhnya menjelang March tahun depan.
02:29Pastinya, saya dapat rasakan ini satu berita gembira yang dinantikan penduduk Seremban.
02:35Seremban Central ini dijangka mampu menampung kira-kira 30,000 penumpang sehari.
02:40Rekor bentuk stesen pula mengangkat identiti tempatan manusia elemen seni bina Minangkabau.
02:47Selain mengaplikasikan konsep bangunan hijau yang membolehkan pencahayaan semula jadi memasuki ruang dalaman.
02:55Baik, demikian sedikit sebanyak kupasan yang saya dapat bawakan pada waktu ini untuk penonton Astro Awani.
03:02Kembali kepada rakan setugas studio dan perkembangan lanjut, saya akan berawakan pada bulletin seterusnya dan juga di platform astroawani.com.
03:11Terima kasih.
03:12Terima kasih.
Comments

Recommended