Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menafikan ada pertemuan antara kedua-dua gabungan dari Borneo itu dengan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN).
Transcript
00:00Pemimpin Gabungan Parti Sarawak GPS dan Gabungan Rakyat Sabah GRS menafikan pertemuan antara kedua-dua gabungan dari Borneo itu dengan
00:10Barisan Nasional BN serta Perikatan Nasional PN.
00:14Perkara itu disahkan oleh Ketua WIB GPS yang juga timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
00:20Malah kabar angin pertemuan itu turut dinafikan setiausaha agung GRS Datuk Armizan Muhammad Ali.
00:30Fadillah berkata gabungan itu tidak pernah dihubungi atau menerima jemputan daripada mana-mana pihak berkaitan pertemuan itu.
00:38Sementara itu Armizan memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.
00:45Menurutnya tiada sebarang perbincangan dalam kepimpinan GRS berhubung jemputan atau perancangan mengadakan pertemuan seperti yang ditularkan.
00:54Beliau berkata keutamaan GRS ketika ini adalah memastikan segala fokus diberikan kepada agenda perbangunan dan kesejahteraan rakyat
01:03selain negara masih berdepan impak konflik geopolitik global.
01:08Sebelum ini tular di media sosial bahawa GPS, GRS, PN dan PN dijangka mengadakan sidang media bersama
01:17pada hari Selasa jam 2 petang namun sumber berkenaan tidak menyatakan tujuan sidang media itu diadakan.
Comments

Recommended