Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Individu yang masih berdegil memandu kenderaan walaupun lesen mereka digantung atau dibatalkan oleh mahkamah, berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Individu yang masih berdegil memandu keneraan walaupun lesen mereka digantung atau dibatalkan oleh mahkamah berdepan hukuman penjara sehingga 3 tahun
00:09menelusi rang Undang-Undang RUU Pengangkutan Jalan Pindaan 2026.
00:13Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibullah berkata, pindaan terhadap Seksyen 32 Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat untuk meningkatkan hukuman
00:23sedia ada bagi menggalakkan pematuhan Undang-Undang dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
00:30Pasal berkaitan Seksyen 32 pula bertujuan meningkatkan hukuman terhadap kesalahan memandu semasa hilang kelayakan.
00:39Hilang kelayakan merujuk kepada keadaan di mana seseorang tidak dibenarkan memandu kerana lesen memandunya telah digantung, dibatalkan atau beliau telah
00:49dihalang daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu oleh mahkamah.
00:53Pindaan ini meningkatkan hukuman penjara daripada tempoh tidak melebihi satu tahun kepada tempoh tidak melebihi tiga tahun.
01:03Selain itu, denda turut ditingkatkan kepada tidak kurang daripada RM3,000 Malaysia atau tidak melebihi RM10,000 Malaysia.
01:12Sebagai contoh, seseorang yang lesen memandunya telah digantung kerana melakukan kesalahan lalu lintas yang serius tetapi masih memandu di jalan
01:24raya boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan ini.
01:27Oleh itu, hukuman yang lebih tegas diperlukan bagi menggalakkan pematuhan terhadap undang-undang dan mengurangkan risiko kemalangan.
01:36Belia berkata demikian ketika membentangkan RUU berkenaan bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara pada Selasa.
01:44Sementara itu, Hasbi berkata RUU itu turut memperkenalkan syarat pendaftaran yang lebih ketat bagi kenderaan elektrik EV melalusi pindaan Seksyen
01:5310 Akta Berkenaan.
01:55Ia mengambil kira ketiadaan nombor enjin pada kenderaan elektrik berbanding kenderaan berasaskan enjin pembakaran dalaman konversional.
Comments

Recommended