Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Maritim Malaysia menahan 15 PATI dan seorang tekong yang cuba keluar dari negara ini menggunakan bot pancung melalui laluan laut tidak diwartakan di Port Dickson. Operasi itu dijalankan hasil pengesanan radar semasa Op Murni dan Op Tiris.
Transcript
00:00Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 15 pendatang asing tanpa izin melalui laluan laut tidak diwartakan di
00:10perairan Port Dixon.
00:11Menurut timbalan pengarah operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Komander Maritim Norimi Hassan, bot pancung itu ditahan kira-kira 10
00:20batu nautika di barat Tanjung Tuan pada Ahad.
00:25Bot Ronda Maritim yang menjalankan op murni dan optiris mengesan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahnya berhenti untuk diperiksa.
00:34Namun tekong bot bertindak memecut laju dan cuba melarikan diri sebelum berjaya dipintas oleh pasukan penguatkuasa.
00:42Hasil pemeriksaan mendapati bot itu membawa 15 individu berusia antara 20 hingga 47 tahun termasuk warga negara Indonesia dan Bangladesh.
00:51Siasatan awal mendapati 5 daripadanya gagal mengemukakan dokumen perjalanan, manakala baki penumpang disyaki tidak memiliki pas atau permit sah untuk
01:01berada di Malaysia.
01:03Kesemua parti tekong dan bot pancung yang digunakan dibawa ke JT Maritim Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.
01:11Kes disiasat mengikut Akta Immigration 1959 Palang 63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Comments

Recommended