Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Pos Malaysia akan melaksanakan pelan transformasi melibatkan rasionalisasi operasi, digitalisasi dan pengurusan berhemat. Kementerian Komunikasi memaklumkan kerugian bersih syarikat menurun kepada RM19.5 juta pada suku pertama 2026.
Transcript
00:00POS Malaysia akan melaksanakan pelan transformasi bagi mengurangkan kerugian syarikat serta memastikan operasi kekal mampan dalam jangka panjang.
00:09Menurut Kementerian Komunikasi, pelan itu memberi tumpuan kepada rasionalisasi rangkaian, perkembangan saluran digital dan pengurusan yang lebih berhemah.
00:18POS Malaysia turut menunjukkan peningkatan prestasi selepas merekodkan kerugian bersih sebanyak RM19.5 juta bagi suku pertama 2026 berbanding RM41
00:30.5 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
00:34Kementerian berkata pengurangan kerugian itu disokong oleh peningkatan hasil daripada perkhidmatan sijil digital dan percetakan.
00:42Selain itu, prestasi segmen penerbangan yang lebih kukuh serta pengurangan kerugian dalam perkhidmatan POS turut menyumbang kepada pencapaian tersebut.
00:52Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis Kementerian Komunikasi kepada Sen. Robert Lau Huyu yang bertanyakan mengenai kemungkinan bantuan kewangan kerajaan
01:01kepada POS Malaysia.
01:03Menurut Kementerian, kerajaan menggalakkan usaha transformasi dan pemodenan operasi yang sedang dilaksanakan syarikat itu.
01:10Dalam masa sama, kerajaan sedang meneliti penubuhan kumpulan wang perkhidmatan POS sebagai mekanisme pembiayaan jangka panjang.
01:19Langkah itu bertujuan menyokong penyediaan perkhidmatan POS di kawasan yang kurang berdaya maju secara komersial tanpa menjejaskan kelestarian industri.
01:29Kerajaan percaya pendekatan transformasi dan pembiayaan yang mampan mampu membantu POS Malaysia terus relevan dalam landscape perkhidmatan yang semakin digital.
01:40Kerajaan perkhidmatan POS Malaysia
Comments

Recommended