Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Khalil al-Hayya dipilih sebagai Ketua Biro Politik Hamas yang baharu, menggantikan Yahya al-Sinwar. Pemilihan itu menandakan perubahan struktur kepimpinan kumpulan berkenaan selepas beberapa pemimpin terbunuh dalam konflik di Gaza.
Transcript
00:00Hamas mengumumkan Khalil Al-Hayah sebagai ketua biro politik yang baru menggantikan oleh Arham Yahya Al-Sinwar yang terbunuh dalam
00:09serangan Israel di Gaza pada 2024.
00:12Dalam satu penyataan, Hamas memaklumkan Khalil Al-Hayah yang mengetuai rundingan tidak langsung gencata-sencata dengan Israel dipilih untuk menerajui
00:21biro politik pergerakan itu.
00:24Yahya yang didakwa Israel sebagai antara dalang utama serangan 7 Oktober 2023 terbunuh dalam operasi tentera Israel di Gaza.
00:33Sejak kematiannya, Hamas dipimpin oleh majlis kepimpinan lima anggota yang diketuai pemimpin kanan kumpulan itu, Mohamed Darwish.
00:41Khalil terselamat selepas menjadi sasaran serangan Israel di Doha, Qatar tahun lalu namun seorang anak lelakinya maut dalam serangan berkenaan.
00:50Pegawai kanan Hamas berkata, Khalil dipilih dengan majoriti besar dan dijangka memulakan tugas secara rasmi minggu depan.
00:57Khalil menewaskan bekas ketua Hamas, Khalid Mishal dalam pemilihan bagi jawatan tertinggi berkenaan.
01:03Beliau berkata, biro politik Hamas akan bermesyuarat di Istanbul dalam masa terdekat bagi membentuk jawatan kuasa baru dan menyusun semula
01:11struktur kepimpinan kumpulan itu.
01:13Majlis kepimpinan lima anggota yang mentakbir Hamas sebelum ini juga akan dibubarkan dengan semua ahlinya menyerahkan peletakkan jawatan kepada majlis
01:22syurah Hamas.
01:23Sumber Hamas berkata, proses pemilihan dijalankan secara sulit, susulan keadaan keselamatan yang tidak menentu serta pemudahan beberapa pemimpin politik dan
01:32ketenteraan kumpulan itu oleh Israel.
01:35Sementara itu, Syed bersajata Hamas Brigad Izzuddin Al-Qassam turut menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Khalil.
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended