Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
IRGC mendakwa tiga gelombang serangan peluru berpandu dan dron memusnahkan beberapa kemudahan tentera AS di Bahrain dan Kuwait.
Transcript
00:00Kor Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa pasukan tentera laut yang melancarkan tiga gelombang serangan peluru berpandu dan drone terhadap
00:10aset serta kemudahan Amerika Syarikat di Bahrain dan Kuwait pada Isnin.
00:14Menurut satu kenyataan, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan Amerika di beberapa wilayah Iran.
00:24IRGC mendakwa gelombang pertama serangan memusnahkan hangar penyelenggaraan dan pembaikan drone yang digunakan unit tentera AS di pangkalan udara Al
00:33-Sakir Bahrain.
00:34Dalam gelombang kedua, kemudahan penyimpanan kapal pasukan petugas 59AS di Pelabuhan Salman Bahrain didakwa menjadi sasaran dan dimusnahkan.
00:44IRGC turut mendakwa beberapa kapal yang ditempatkan di kemudahan berkenaan mengalami kerosakan teruk.
00:50Gelombang ketiga pula menyasarkan kemudahan penempatan, sokongan dan kelekapan komando khas tentera laut AS di Kem Arifjan, Kuwait.
00:58Menurut IRGC, serangan itu menyebabkan kemudahan berkenaan terbakar dan musnah sepenuhnya.
01:04Bagaimanapun, dakwaan mengenai tahap kerosakan tersebut belum dapat disahkan secara bebas.
01:10Pada ahad setiausaha negara Amerika Syarikat, Marco Rubio berkata, Washington kekal terbuka kepada penyelesaian diplomatik
01:18meskipun tentera yang melancarkan serangan terhadap Iran untuk malam ke-9 berturut-turut.
01:23Bagaimanapun, beliau menegaskan Iran akan meneruskan operasi ketenteraan yang disifatkan sebagai langkah mempertahankan diri
01:30selagi serangan terhadap negara itu berterusan.
01:33Terima kasih telah menonton!
01:33Terima kasih telah menonton!
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended