00:00Isu lambakan durian dari negara jiran yang didakwa menjejaskan pasaran tempatan dan pendapatan pekebun kecil menjadi antara perkara yang akan
00:08dibangkitkan pada persidangan Dewan Negara hari ini.
00:11Berdasarkan aturan urusan mesyuarat, Sen. Niran Tan Kran di jadual meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjelaskan langkah kerajaan menangani
00:22isu berkenaan.
00:24Terut menjadi tumpuan ialah cadangan memperkenalkan rangka kerja hak untuk membaiki atau right to repair bagi kenderaan bermotor di Malaysia.
00:32Perkara itu akan dibangkitkan Sen. Tan Sri Lau Kian Chuan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosara Hidup.
00:38Beliau ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang memberikan bengkel tempatan akses kepada maklumat teknikal, alat ganti dan peralatan yang diperlukan
00:45untuk menyelenggara serta membaiki kenderaan.
00:47Dalam pari itu, Sen. Dato' Ahmad Ibrahim akan meminta Menteri Pertahanan menjelaskan perancangan memperkukuh pelaksanaan konsep pertahanan menyeluruh.
00:55Soalan itu turut menyentuh pengalaman beberapa negara termasuk Singapura, Finland, Switzerland dan Taiwan yang menekankan kesiapsiagaan seluruh negara menerusi penglibatan
01:04sektor awam, swasta serta masyarakat.
01:07Isu penyalahgunaan dadah sintetik dan keupayaan kemudahan pemulihan di Sabah pula akan dibangkitkan Sen. Dato' Edward Linggu kepada Menteri Dalam
01:15Negeri.
01:15Beliau turut meminta penjelasan mengenai langkah memperkukuh penguatkuasaan bagi membantra serangkaian pengedaran dadah di negeri berkenaan.
01:24Sementara itu, Sen. Dato' Anna Bell di jadual meminta Menteri Kesihatan memberincikan usaha memastikan perkhidmatan kesihatan sampai ke kawasan pulau
01:31dan pedalaman yang sukar diakses khususnya di Sabah dan Sarawak.
01:35Persidangan Dewan Negara berlangsung 20 Julai hingga 4 Ogos ini.
Comments