Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Menurut Agensi Angkasa Lepas China pada Isnin, tiga angkasawan berkenaan termasuk seorang wanita dari Hong Kong sudah berada di stesen angkasa Tiangong selama hampir dua bulan.
Transcript
00:01Angkasawan misi Shenzhou 23 China selesai menjalani ujian berkaitan cara membuat keputusan ketika kecemasan serta penilaian keadaan emosi bagi mengkaji
00:12kesan penerbangan angkasa lepas jangka panjang terhadap tingkah laku manusia.
00:18Menurut agensi angkasa lepas China pada Isnin, tiga angkasawan berkenaan termasuk seorang wanita dari Hong Kong sudah berada di stesen
00:26angkasa Tiongong selama hampir dua bulan.
00:31Seorang daripada mereka akan berada di orbit selama setahun bagi melaksanakan program penyelidikan manusia di angkasa lepas yang pertama seumpamanya
00:39di China.
00:40Misi itu juga bertujuan mengumpul data mengenai kesan penerbangan angkasa lepas jangka panjang terhadap keadaan fizikal dan mental angkasawan.
00:49Dalam rakaman video mingguan yang dikeluarkan agensi itu pada ahad, kru berkenaan dilihat memakai alat pengesan dan set kepala realiti
00:56maya VR untuk memantau gelombang otak mereka.
01:00Ujian berkenaan merupakan sebahagian daripada lebih 100 projek sains dan aplikasi yang sedang dijalankan di stesen angkasa itu.
01:07Selain menjalankan penyelidikan perubatan angkasa lepas, kru berkenaan turut memasang peranti bagi mengkaji kesan pendedahan radiasi terhadap organisma hidup
01:15serta sebuah kamera luaran pada satu daripada modul makmal stesen itu.
01:20Mereka juga menjalankan ujian melibatkan peralatan pengukuran yang dibawa sebagai kargo.
01:25China melancarkan kapal angkasa Shenzhou 23 pada 24 Mei dengan misi seorang angkasawan berada di orbit selama setahun menjadi antara
01:34tumpuan utama.
01:35Misi China ke Tianggong sebelum ini lazimnya berlangsung kira-kira enam bulan.
01:39Seiring usaha China mempeluas penerokaan ke angkasa lepas yang lebih cao,
01:44misi jangka panjang dijangka menjadi lebih kerap
01:46dan memerlukan tahap ketahanan fizikal serta mental yang lebih tinggi dalam kalangan angkasawan.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended