00:00Tunku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mempelawa mana-mana keluarga masyarakat orang asli di kampung Sungai Cot Maran
00:09yang memerlukan penempatan agar berpindah dan menetap di tanah milik Baginda di Kuala Wau, Maran.
00:15Pengurusi Bijaya Diraja Sultan Pahang, Major General Dato' Muhammad Zahari Yahya dalam penyataan pada Isnin memaklumkan
00:23Baginda sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan memahami kegusaran serta kesulitan yang dihadapi masyarakat orang asli di kampung berkenaan.
00:35Kenataan itu menyebut pelawaan Baginda dizahirkan atas rasa simpati, dukacita dan keprihatinan terhadap pertikaian tanah yang babitkan masyarakat orang asli
00:44di kampung Sungai Cot Maran.
00:46Tunku Azizah bertitah masyarakat orang asli bukan sekadar sebahagian daripada rakyat Pahang, malah mempunyai tempat yang amat istimewa.
00:53Di hati Baginda.
00:54Baginda bertitah peranan masyarakat orang asli dalam pembangunan dan kemajuan negeri Pahang sejak dahulu lagi amat penting.
01:00Seperti yang dapat dilihat menerusi kajian tesis yang sedang disiapkan oleh Baginda.
01:05Sebabungan itu Baginda bertitah bahawa kesejahteraan serta masa depan masyarakat orang asli akan terus menjadi antara perkara yang diberikan perhatian
01:12dan keutamaan.
01:13Muhammad Zahari berkata Baginda juga bertitah agar masyarakat orang asli tidak perlu bimbang mengenai masa depan mereka.
01:18Baginda memberi jaminan bahawa sekiranya tanah milik Baginda di Kuala Wau dibangunkan pada masa depan,
01:24masyarakat orang asli yang menetap di kawasan itu akan terus mempunyai tempat tinggal.
01:28Tidak akan dipinggirkan serta akan terus dibela dan boleh tinggal di kawasan tersebut.
01:33Muhammad Zahari menambah pelawaan itu tidak terhad kepada masyarakat orang asli kampung Sungai Cotmaran saja.
01:38Sebaliknya turut dibuka kepada mana-mana masyarakat orang asli yang memerlukan tempat berteduh atau penempatan baru,
01:44tertakluk pada perkenan Baginda serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
01:48Baginda berharap pelawaan itu dapat memberikan kelegaan kepada masyarakat orang asli yang terkesan,
01:53disamping memastikan kebajikan mereka terus terpelihara tanpa mengira latar belakang atau keadaan.
01:58Pada masa yang sama, Baginda menyeru semua pihak yang terlibat agar mengutamakan semangat permuafakatan,
02:04saling hormat menghormati serta berunding dengan penuh hikmah bagi mencari penyelesaian yang adil,
02:09berkhidmat dan memelihari kepentingan semua pihak.
02:12Meskipun menghargai keprihatinan tengku Ampuan Pahang,
02:15juru cakap masyarakat orang asli Juliana Jazrin Ismail berkata,
02:19mereka memilih untuk kekal mempertahankan tanah adat di kampung Sungai Cot.
02:23Jelasnya kawasan itu bukan sekadar tempat tinggal, malah sumber rezeki,
02:27identiti dan warisan yang perlu dipelihara demi generasi orang asli yang akan datang.
02:34Dia berkata demikian menerusi hantaran di aplikasi TikTok Jazlin 90 pada Isnin.
Comments