00:00Dulu hanya sebuah rumah usang, kini kembali menjadi nadi warisan masyarakat setempat.
00:07Rumah warisan Wan Robah Ruur di Kuala Pilah diberi nafas baharu sebagai ruang ilmu, budaya dan penghubung generasi.
00:16Pernah terbiar selama hampir 30 tahun tanpa penghuni.
00:20Rumah warisan yang menjadi cerminan seni bina tradisional Negeri Sembilan itu kembali dihidupkan
00:27selepas timbul kesedaran dalam kalangan waris untuk menyelamatkan peninggalan berharga tersebut.
00:34Ikuti laporan disediakan, wartawan Farhan Hakimi.
00:52Rumah pusaka yang pada asalnya dibina tanpa menggunakan sebarang paku itu dianggarkan berusia lebih 100 tahun.
00:59Mula dibina sekitar tahun 1900 oleh pasangan suami isteri, Zainal dan Wan Robah.
01:08Selain menjadi simbol identiti budaya tempatan, rumah warisan tersebut berfungsi sebagai tempat perempuan masyarakat
01:15untuk mengenali sistem sosial adat perpatih di Negeri Sembilan.
01:19Selepas Wan Robah meninggal dunia pada 1950, rumah tersebut diwarisi anak perempuan sulungnya, Ramlah.
01:26Sebelum dia meninggal dunia pada 1994, rumah itu kemudian diwarisi oleh Kamsiah Minhat
01:33daripada generasi ketiga Wan Robah sehingga kini.
01:36Memang sejarahnya rumah ini terbiar 30 tahun tetapi tiba saat di mana kita timbul kesedaran
01:48untuk nak berbuat sesuatu tanpa rumah ini.
01:52Jadi bila asat itu timbul, maka langsung Allah memudahkan kerja kita
02:01mendapatkan orang nak repair rumah, mendapatkan centera yang nak bersihkan kawasan
02:09dan semuanya ini dipemudahkan dan Alhamdulillah dalam masa 15 bulan
02:15rumah yang terbiar 30 tahun itu dapat dihuni semula.
02:23Menurut Muhammad Yunus, usaha pemuliharaan tidak hanya diusahakan waris semata-mata
02:28tetapi turut disokong beberapa pihak.
02:31Sebenarnya kita bersyukur juga bukan kita ambil inisiatif sesaja
02:36malah ada 3-4 pihak yang memainkan peranan
02:40pihak Luak Teraci, pihak Lembaga Museum Negeri Sembilan, pihak NGO
02:46semuanya ini berhasat untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat yang berpotensi
02:53untuk pelancongan, untuk aktivis alam sekitar, untuk penggiat warisan budaya
03:00dan untuk itu kami bersedia sahaja asalkan ianya menjadi sumber ilmu untuk nasib yang akan datang ini insyaAllah.
03:10Ruawu membuktikan nilai rumah lama tidak semisinya lenyap di mamah waktu dan mampu menjadi aset budaya yang terus hidup
03:18apabila diberi nafas baharu.
03:20Budaya ini sebagai contoh yang terbaik untuk dikembangkan seluruh negeri sembilan dan gengeri yang sekitarnya insyaAllah.
03:30Pandangan saya mengenai rumah warisan Warabah ini memang sangat berguna
03:36memang sangat selalu digunakan oleh masyarakat kampung untuk membuat aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
03:44lepas itu aktiviti-aktiviti adat dan program budak-budak sekolah
03:52dan saya amat-amat menggalakkan pada agensi ataupun NGO-NGO yang berada di luar kawasan kampung kita ini
04:01untuk datang mengadakan program-program di kampung kita untuk kita menaikkan lagi kampung kita di masyarakat yang ada sekarang ini.
04:12Di sebalik setiap ukiran dan binaan kayu rumah warisan Uwan Robah Ruur ini
04:18tersimpan kisah warisan yang menjadi penghubung antara generasi lama dan generasi hari ini.
04:23Meskipun berdepan arus pemodenan, rumah ini kekal utuh sebagai simbol identiti dan warisan budaya yang wajar dipertahankan.
04:33Farhan Hakimi, Kuala Pilah untuk Isra Awani.
Comments