Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Kelewatan pelaksanaan projek lebuhraya pan borneo sabah berpunca daripada pengalihan utiliti seperti tiang elektrik, kabel telekomunikasi dan aset utiliti lain dalam jajaran pembinaan.
Transcript
00:00Kelewatan pelaksanaan projek lebuh raya Pen Borneo Sabah berpunca daripada pengalihan utiliti seperti tiang elektrik, kabel, telekomunikasi dan aset utiliti
00:11lain dalam jajaran pembinaan.
00:14Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Sui Juacim Gunsalam berkata,
00:20kerja-kerja pembinaan tidak dapat diteruskan di kawasan yang masih mempunyai utiliti sedia ada atas faktor keselamatan dan risiko gangguan
00:29perkhidmatan.
00:31Menurut beliau, proses pengalihan utiliti melibatkan beberapa peringkat seperti pengesahan kedudukan utiliti, penyediaan reka bentuk, kelulusan teknikal, penyediaan koridor utiliti
00:42serta penyelarasan dengan pemilik utiliti sebelum kerja pengalihan dapat dilaksanakan.
00:48Walaupun, pengalihan utiliti bukan hanya melibatkan pemindahan tiang serta aset elektrik, malah terus melibatkan kabel telekomunikasi dan aset-aset utiliti
01:04lain yang berada dalam jajaran pembinaan.
01:08Pengalihan utiliti merupakan komponen kritikal kerana kerja-kerja pembinaan tidak dapat dilaksanakan di kawasan yang masih mempunyai utiliti sedia ada
01:27atas faktor keselamatan,
01:29risiko gangguan bekalan serta kemungkinan kerosakan kepada infrastruktur utiliti.
01:36Oleh itu, utiliti perlu dialihkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembinaan dapat diteruskan.
01:45Tambah Joakim, kerajaan juga akan memberi penekanan kepada kerja-kerja awalan seperti penyediaan reka bentuk terperinci, pengambilan tanah dan pengalihan
01:54utiliti sebelum projek pembinaan dimulakan bagi mengurangkan risiko kelewatan pada masa hadapan.
02:00Tegasnya pelaksanaan setiap pakej projek leburaya PAN Borneo Sabah akan terus dipantau bagi memastikan projek itu dapat disiapkan dengan teratur
02:10dan memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri.
Comments

Recommended