Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi awal ekonomi negara yang menggalakkan bukan alasan untuk kerajaan berasa selesa. Sebaliknya, agenda reformasi, pelaksanaan pelaburan yang telah diluluskan serta disiplin fiskal perlu terus diperkukuh pada separuh kedua tahun ini bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dikekalkan meskipun risiko geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global masih berterusan.
Transcript
00:00Prestasi awal ekonomi yang menggalakkan bukan alasan untuk kerajaan berasa selesa.
00:04Ketua Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Afzal Nizam Abdul Rashid berkata,
00:09agenda reformasi, pelaksanaan pelaburan dan disiplin fiskal perlu terus diperkukuh pada separuh kedua tahun ini
00:16bagi memasukkan momentum pertumbuhan dapat dikekalkan,
00:19meskipun ekonomi global masih dibayangi ketidaktentuan geopolitik dan tekanan inflasi.
00:26Ia bukanlah suatu tiket ataupun lesen untuk pihak kerajaan menurunkan guardnya
00:35ataupun bersifat sambil lewa dalam merencana pengguna ekonomi bagi separuh tahun yang kedua.
00:42Cabarannya masih lagi sama dan kita pun sedia maklum tentang situasi di Timur Tengah
00:47masih lagi belum selesai dan harga bahan api pun saya tengok brand telah pun mencecah kembali
00:53ke paras $90 setong. Sudah pasti angka inflasi yang dinikmati pada bulan Jun yang sedikit menurun itu
01:00pada masa hadapan untuk tempoh Julai dan ke depan sudah pasti terakhirnya tidak kekal
01:05berkemungkinan akan mula meningkat kembali.
01:08Justru itu menuntut suatu bentuk perancangan yang lebih jitu oleh pihak kerajaan
01:15untuk memastikan ekonomi negara terus berdaya tahan meskipun berhadapan dengan ketidak terpastian
01:22dalam ekonomi global.
01:24Justru katanya kerajaan perlu terus melaksanakan inisiatif yang telah digariskan di bawah
01:30Belanjawan 2026 khususnya mempercepatkan pelaksanaan pelaburan yang telah diluluskan
01:36bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.
01:38Ujar beliau, disiplin fiskal juga perlu terus diperkukuh bagi mengekalkan keyakinan pelabur
01:44dan komuniti perniagaan.
01:46Langkah itu penting bagi memastikan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan
01:51meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.
Comments

Recommended