00:00Kada inflasi negara terus menunjukkan tanda-tanda terkawal apabila susut kepada 1.9% pada Jun 2026 berbanding 2%
00:07pada bulan sebelumnya.
00:09Menurut firma penyelidikan Public Investment Bank, perkembangan itu mengukuhkan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia BNM akan mengekalkan kadar dasar selama
00:19malaman OPR pada 2.75% sehingga akhir tahun ini, meskipun harga minyak dunia meningkat akibat ketegangan politik.
00:28Firma itu berkata tekanan inflasi domestik masih didominasi faktor kos dan belum menunjukkan kesan pusingan kedua yang ketara selepas harga
00:38minyak melepasi julat unjuran pada separuh kedua tahun ini.
00:41Inflasi utama susut kepada 1.9% pada Jun berbanding 2% pada Mei menjadikan purata inflasi bagi suku kedua
00:512026 meningkat kepada 1.9% daripada 1.6% pada suku pertama.
00:58Firma itu berkata inflasi dilihat sederhana ekoran pertumbuhan harga lebih perlahan dalam kategori pengangkutan, penjagaan diri, pelindungan sosial, pendidikan serta
01:08pelbagai barangan dan perkhidmatan pengguna.
01:11Inflasi makanan kekal 1.4% manakala kategori pakaian dan kasut mencatatkan deflasi ringan sebanyak 0.1% mencerminkan tekanan
01:21harga yang masih tidak sekata dalam ekonomi.
01:24Di peringkat negeri, Sarawak merekodkan kadar inflasi terendah iaitu 0.4% manakala tujuh negeri mencatatkan kadar melebihi purata nasional
01:341.9% didahului Pahang pada 2.6%.
01:38Public Investment Bank berkata cabaran utama bagi separuh kedua tahun ini adalah risiko kenaikan harga tenaga, kos penghantaran dan insurans,
01:47susulan konflik Asia Barat yang boleh meningkatkan kos rantaian bekalan global.
01:52Bagaimanapun katanya, kerajaan dijangka mengurangkan sebarang impak langsung kepada pengguna menerusi program Budi 95 bagi mengekalkan harga petrol bersubsidi.
02:02Namun begitu, kenaikan harga minyak yang berpanjangan berpotensi memberi kesan kepada kos logistik, penghidara makanan, tarif elektrik, harga makanan serta
02:11mekanisme pelarasan bahan api automatik AFA.
02:15Firma itu mencakakan BNM akan mengekalkan pendirian dasar monetaris semasa memandangkan aktiviti ekonomi domestik masih berdaya tahan.
02:24Walaubagaimanapun katanya, kenaikan OPR mungkin dipertimbangkan sekiranya tekanan inflasi merebak kepada sektor perkhidmatan gaji, jangkaan inflasi atau kos import yang
02:34dipengaruhi oleh pergerakan ringgit.
Comments