00:00Institusi asing meneruskan aktiviti belian bersih memasuki minggu kedua berturut-turut, merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM612.3 juta minggu
00:09lalu.
00:10Menurut firma penyelidikan MBSB Research, jumlah itu adalah kira-kira 8 kali ganda lebih tinggi berbanding aliran masuk bersih pada
00:18minggu sebelumnya.
00:19Sekaligus mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur asing terhadap pasaran ekuiti tempatan.
00:26MBSB menambah sepanjang minggu lalu, institusi asing menjadi pembeli bersih pada 4 daripada 5 hari dagangan.
00:34Aliran masuk tertinggi direkodkan pada Khamis sebanyak RM238.7 juta, diikuti selasa RM174.1 juta, Rabu RM140.8 juta dan
00:47Jumaat RM92.1 juta.
00:49Dari segi sektor, perkhidmatan kewangan muncul sebagai penerima aliran masuk asing terbesar dengan belian bersih RM754.1 juta.
00:59Ia diikuti sektor utiliti yang mencatatkan aliran masuk bersih RM194.9 juta dan sektor perladangan sebanyak RM66.9 juta.
01:10Manakala sektor produk dan perkhidmatan, perindustrian merekodkan aliran keluar bersih terbesar sebanyak RM256 juta, diikuti sektor teknologi RM98.5 juta,
01:22serta produk dan perkhidmatan pengguna RM64.3 juta.
01:26Sementara itu, institusi tempatan meneruskan aliran jualan bersih untuk minggu kedua berturut-turut, mencecah RM305.9 juta minggu lalu.
01:36Pelabur runcit pula kembali menjadi penjual bersih selepas mencatatkan belian bersih pada minggu sebelumnya dengan aliran keluar bersih berjumlah RM306
01:46.4 juta.
01:47Dari sudut aktiviti dagangan, purata volume dagangan harian ADTV meningkat, merentas semua kategori pelabur, didorong oleh peningkatan aktiviti institusi asing
01:57sebanyak 40.8%, diikuti pelabur runcit sebanyak 34.3% dan institusi tempatan sebanyak 25.8%.
02:07MBSB Research berkata, ekonomi Malaysia berkembang lebih pantas pada suku kedua tahun ini dengan anggaran awal menunjukkan keluaran dalam negara
02:16kasar KDNK meningkat 5.8% tahun ke tahun berbanding 5.4% pada suku pertama.
02:24Ia disokong oleh permintaan domestik yang kekal berdaya tahan serta prestasi lebih kukuh kebanyakan sektor utama ekonomi termasuk sektor perlombongan
02:33dan kuari, pembuatan serta petroleum dan kimia.
Comments