Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Menurut firma penyelidikan TA Securities, keputusan kewangan syarikat tersenarai berpotensi memberikan kejutan positif sekiranya selari dengan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh pada suku kedua, sekali gus menjadi pemangkin utama kepada prestasi pasaran.
Transcript
00:00FBM KLCI dicangka mengekalkan tren menaik minggu ini disokong oleh pembelian berterusan pelabur institusi ketika musim keputusan keuangan korporat bermula
00:10pada suku kedua 2026.
00:12Menurut firma penyelidikan TA Securities, keputusan keuangan syarikat tersenarai berpotensi memberi kejutan positif sekiranya selari dengan momentum pertumbuhan ekonomi negara
00:22yang lebih kekuh pada suku kedua, sekaligus menjadi pemangkin utama kepada prestasi pasaran.
00:28Katanya sentimen pasaran turut diperkukuhkan oleh anggaran awal KDNK Malaysia yang berkembang 5.8% tahun ke tahun pada suku
00:38kedua 2026 mengatasi unjuran konsensus sebanyak 5.2%.
00:43Minggu lalu FBM KLCI melonjak 39.96 mata atau 2.36% didorong kenaikan saham wajaran tinggi termasuk Petronas Chemicals,
00:55SD Guthrie, Public Bank dan Press Metal Aluminium Holdings.
00:59Momentum positif itu turut disokong oleh kemasukan semula dana asing serta data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan, sekaligus
01:09mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika akan mengekalkan kadar faedahnya dalam tempoh terdekat.
01:16Faktor-faktor tersebut mengekalkan sentimen positif terhadap bursa tempatan disebalik ketegangan geopolitik di Asia Barat.
01:24Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang 5.6% pada separuh pertama tahun ini berbanding 4.5% tahun lalu, sekaligus
01:34menunjukkan daya tahan ekonomi domestik dalam berdepan ketidaktentuan luaran.
01:39Pada masa sama, inflasi yang kekal rendah sebanyak 1.9% pada Jun 2026 dijangka membolehkan Bank Negara Malaysia mengekalkan
01:49kadar dasar semalaman OPR pada 2.75%.
01:54Walaubagaimanapun, firma itu memberi amaran bahawa aktiviti pengambilan untung berpotensi mengehadkan kenaikan bursa tempatan,
02:01memandangkan FBM KLCI kini diniagakan pada nisbah harga kepada pendapatan PER konsensus sebanyak 14.4 kali, lebih tinggi berbanding purata
02:13pasaran serantau sebanyak 11.1 kali.
Comments

Recommended