Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merangkap Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika mengulas gesaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mencabar Ketua Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Akmal Saleh, membuktikan prinsip politiknya dengan meminta menteri dan timbalan menteri daripada parti itu meletakkan jawatan susulan kerjasama terbuka dengan Perikatan Nasional (PN).
Transcript
00:00Sebarang keputusan berkaitan pelantikan atau peletakan jawatan menteri adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.
00:07Itu tegas Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin mengulas gesaan Angkatan Muda Keadilan AMK
00:13yang mencabar Ketua Pemuda UMNO Datuk Muhammad Akmal Saleh membuktikan prinsip politiknya
00:18dengan meminta menteri dan timbalan menteri daripada parti itu meletakkan jawatan susulan kerjasama terbuka dengan Perikatan Nasional.
00:26Kita tahu bahawa soal pelantikan-pelantikan menteri itu adalah budi bicara Perdana Menteri.
00:35Jadi tak payahlah dia nak suruh mana-mana menteri untuk lakukan letak jawatan sebagainya.
00:45Dia cakap je lah dengan Ketua Parti dia.
00:48Saya percaya, mesti saya kata itu soal pelantikan menteri semua budi bicara.
00:55Kalau orang dah tak suka, awak boleh nak tunggu.
00:57Pada masa yang sama, beliau berkata semua pihak perlu memastikan kempen pilihan raya negeri PRN tertumpu kepada isu dan hala
01:03tujuh negeri
01:04bukannya menjadi medan serangan politik.
01:07Kita, kita, saya percaya bahawa sebenarnya tak perlu kerana ini adalah pilihan raya peringkat negeri.
01:14dan sewajarnya perkara-perkara yang ada kaitan terutamanya negeri dan hala tujuh negeri.
01:23So memang tak sewajarnya ia menjadi platform untuk berlakunya serang-menyerang.
01:31dan seperti yang ditekankan oleh pengurusi Barisan Nasional, Presiden UMNO,
01:41kempen Barisan Nasional perlu secara berkhidmat.
01:45Dan mohon penting kerana sebenarnya kita nak minta supaya rakyat memberi pertimbangan yang betul,
01:55yang baik, yang tepat kerana ia merupakan satu pendirian dan keputusan yang dibuat oleh rakyat
02:03yang akan mempengaruhi masa hadapan kehidupan mereka.
02:10Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pengenalan Calon
02:14dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional N19 Johor pada ahad.
02:18Pada ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana menteri,
02:23timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan
02:26supaya tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang gerakan kerajaan persekutuan
02:30ketika berkempen pada pilihan raya negeri PRN.
02:33Beliau berkata mana-mana pihak berkaitan yang melakukan perkara itu
02:36akan diminta berundur daripada jawatan yang disandang.
02:40Perkara itu turut mengundang reaksi timbalan pengurusi Barisan Nasional BN,
02:44Datuk Seri Mama Hassan yang menegaskan beliau tidak keberatan
02:47untuk melepaskan jawatan sebagai menteri luar
02:50sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh Perdana Menteri.
Comments

Recommended