00:00Perkembangan seterusnya, sebanyak 12 kontena makanan sejuk beku yang disyaki diimport dari China dengan anggaran berat keseluruhan 348,000 kg
00:10bernilai sekitar berjumlah RM3.42 juta dirampas op ribat Sepanggar di Pelabuhan Sepanggar.
00:18Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, operasi berkenaan membuktikan komitmen kementerian dalam membantras penyeludupan makanan, khususnya
00:30produk yang diragui status halal daripada memasuki pasaran negeri ini.
00:37Katanya, rapasan terbabit adalah hasil kerjasama penguatkuasaan bersama agensi kawalan dan pelindungan sempadan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan
00:47Perkhidmatan Veterina.
00:48Menurutnya, kontena terbabit dipercayai membawa ayam sejuk beku, dipercayai dari China tetapi dilabelkan sebagai berasal dari Thailand.
00:59Selain itu, jelasnya kotak pembukusan makanan sejuk beku berkenaan turut memaparkan logo halal yang menimbulkan keraguan terhadap status sebenar produk
01:10berkenaan.
01:10Jamawi berkata, berdasarkan anggaran semasa, setiap kontena mengandungi kira-kira 29 ton produk dengan nilai antara RM300,000 hingga RM350
01:22,000.
01:23Maklumat yang diterima menunjukkan kira-kira 30 kontena dengan modus operandi serupa dirampas sejak awal tahun ini.
01:30Beliau berkata, kes perkenaan melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 128, Seksyen 133 dalam kurungan 1 dan Seksyen 135 1D Akta
01:42Kastam 1967
01:43dan pihaknya menyerahkan kes itu kepada JKDM untuk tindakan lanjut.
01:48Terima kasih telah menonton!
Comments