Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kerajaan Venezuela memohon pinjaman IMF sebanyak US$346 juta bagi membiayai pembinaan semula kawasan terjejas akibat dua gempa bumi bulan lalu, kata pemangku presiden Delcy Rodriguez.
Transcript
00:00Baik seterusnya, Kerajaan Venezuela sedang mendapatkan pinjaman berjumlah 346 juta dolar Amerika daripada Tabung Kewangan Antarabangsa IMF.
00:10Menurut pemangku Presiden, Delcy Rodriguez ini bagi membayai usaha membina semula kawasan yang musnah akibat dua gempa bumi yang melanda
00:20negara itu bulan lepas.
00:22Rod Riguez menerusi hantaran di Telegram pada Jumaat berkata, dana itu akan digunakan bagi kerja-kerja pembinaan semula serta membantu
00:31keluarga yang terjejas akibat bencana.
00:34Pada 24 Jun lalu, dua gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 magnitude mengegarkan negara Amerika Selatan itu.
00:42Angka korban yang disahkan kini melebihi 5,000 orang manakala 16,740 lagi cedera menurut pihak berkuasa.
00:52Hampir 18,000 penduduk dilaporkan kehilangan tempat tinggal serta ratusan bangunan rosak atau musnah akibat bencana itu.
01:00Venezuela dan IMF yang berbangkalan di Washington secara rasmi menyambung semula hubungan pada April selepas terputus selama tujuh tahun.
Comments

Recommended