Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
Polis menahan tiga pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini kerana disyaki membuli seorang pelajar lelaki sebaya sehingga mendatangkan kecederaan pada Khamis lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan tiga pelajar lelaki tikatan satu sebuah sekolah mendengah di Kangar kerana di Syakir membuli seorang pelajar lelaki sebaya
00:08sehingga mendatangkan kecederaan pada Khamis lepas.
00:12Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mamat Yusuf berkata pihaknya menerima laporan pada 11.27 malam Khamis lepas dan mangsa
00:21mengalami kecederaan pada buku lali dipercayai akibat kejadian itu.
00:26Menurutnya ibu mangsa mendakwa dimaklumkan oleh guru kelas pada 12.28 tengah hari Khamis bahawa anaknya tergelincir ketika hendak masuk
00:36ke kelas sehingga tidak boleh berjalan.
00:38Wanita itu kemudian mengambil anaknya untuk mendapatkan rawatan di hospital Tuanku Fauziah di Kangar dan doktor memaklumkan remaja itu mengalami
00:46keretakan pada buku lali kiri.
00:48Pada 7.28 malam semasa berada di hospital, anaknya memaklumkan dibuli sejak beberapa bulan lepas dan kemuncaknya pada Khamis sehingga
00:59cedera.
01:00Yusharifuddin berkata tiga pelajar lelaki itu dipercayai menendang, memukul dan membaling dua tong sampah besar pada badan dan kepala serta
01:10meludah mangsa selain disyaki memeras ugut wang belanja daripada mangsa.
01:15Tiga pelajar itu di Rehman dua hari bermula Sabtu bagi membantu siasata mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan.
Comments

Recommended