00:00Medan Selera 223 di Seksyen 51A Petaling Jaya dilanda banjir kilat petang tadi, susulan hujan lebat.
00:08Ia menjadikannya kejadian ketiga yang berlaku di premis perkenaan dalam tempoh kurang tiga bulan.
00:15Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.35 minit petang.
00:25Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomber dan Penyelamat Petaling Jaya tiba pada 4.55 minit petang di lokasi yang
00:33terletak kira-kira 4km dari Balai.
00:36Seramai 12 anggota digerakkan bersama sebuah jentera Bomber Penyelamat FRT dan Kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan.
00:45Ketika anggota tiba, banjir di lokasi mencapai kedalaman kira-kira 2m.
00:50Bagaimanapun, paras air menunjukkan tren menurun dan tiada mangsa terjejas atau dipindahkan.
00:57Selain itu, sehingga 5 petang, Bomber Selangor juga menerima 4 laporan insiden pokok tumbang di beberapa kawasan di Selangor namun
01:05tidak melibatkan mangsa.
01:09Terdahulu, tular rakaman siaran langsung di platform TikTok menunjukkan air keruh memenuhi kawasan medan selera itu dengan paras air mencecah
01:17bawah pinggang sekaligus menjejaskan operasi peniaga dan pelanggan.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments