Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Polis menahan dua individu yang dipercayai cuba menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang menggunakan dron.

Pelbagai peralatan termasuk dron dan peranti komunikasi turut dirampas bagi membantu siasatan.
Transcript
00:00Seterusnya, Polis Melaka menahan dua individu yang dipercaya terlibat dalam cubaan menyeludup tembakau ke dalam penjara Sungai Udang menggunakan drone.
00:08Menurut Ketua Polis Melaka, Dato' Zulkairi Mukhtar, suspek yang ditahan ialah seorang lelaki dan wanita tempatan berusia 46 dan 27
00:17tahun.
00:19Kedua-dua suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Kris Satria, Sungai Udang, Rabu Lalu.
00:25Serebuan dijalankan oleh pegawai dan anggota cawangan D4, Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Melaka bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJ Melaka
00:34dengan kerjasama Balai Polis Sungai Udang.
00:37Siasatan awal mendapati suspek lelaki mengaku menerbangkan drone yang meninja kawasan pendaratan sebelum menyeludup tembakau kepada seorang banduan.
00:45Hasil pemeriksaan menemui pelbagai barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan, termasuk bahan yang disyaki untuk diseludup, peralatan drone
00:54serta peranti komunikasi.
00:56Polis kini giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti sama ada wujud rangkaian lain yang terlibat dalam kegiatan tersebut.
01:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended